Pages

Thursday, 26 December 2013

Review : Lulur Mandi Sumber Ayu

Assalamualaikum dan Salam Ceria !

Inginkan kulit cantik + lembut macam retis tapi malas nak ke spa/salun ? Kini ada caranya iaitu dengan Lulur Mandi Sumber Ayu anda boleh dapatkan kulit cantik + lembut macam retis gitu. Jom tengok review ceq !

Review Lulur Mandi Sumber Ayu berperasa Bunga*perasa? errrr .. 









Khasiatnya :
Mengangkat kotoran dan sel kulit mati.
Membuat kulit tampak lebih cerah dan terawat.
Menjaga kelembapan kulit.
Melindungi kulit dari radikal bebas.
Memberikan relaksasi dan kesegaran.

Tekstur lulur nie pekat, warna putih, berbijik macam pasir*dah nama pon lulur kan
dan berbau wangi macam bunga ros tapi tak terlalu kuat. Walaupun aku tak suka pink, aku tetap beli jugak sebab prinsip aku selagi barang baik aku akan beli walau bukan kaler feberet aku .kihkihkih


Pendapat setelah pakai lulur mandi Sumber Ayu selama seminggu:

Kulit terasa lebih lembut dan semakin cerah.
Kulit semakin lembab.
Hilangnya daki2 di badan.
Mencerahkan kawasan yang gelap seperti siku dan lutut.
Dan tak perlu pakai sabun mandi lagi selepas itu.
Rasa segar sentiasa.

Cara penggunaan ( cara aku ) :

Selepas mandi, lapkan badan dengan towel tapi jangan sampai kering. Biarkan badan lembab sedikit. Sapukan lulur ke seluruh badan. Biar selama 5-10 minit ( depends kepada si pemakai ). Gosok dengan jala mandi.Perlahan saja*peringatan: ia akan menyebabkan kulit jadi merah sedikit.Be careful !! Aku pakai lulur nie 1 hari sekali*buley tera tu?

p/s : kesannya mungkin berbeza kepada setiap pengguna.


Lepas nie dah tak payah pergi spa/salun bagai. Jimat duit sep bajet. Tak gitu ? =)














Wednesday, 25 December 2013

Ada Apa Dengan Salam Media ?







Assalamualaikum dan Salam Ceria !

Ada apa dengan Salam Media ? Berdasarkan apa yang aku search dekat encik Google, Salam Media merupakan sebuah agensi pengiklanan yang berlandaskan Syariah Islam. Kiranya kita tak perlu risau lagi duit yang kita dapat tu halal ke tidak sebab ia berlandaskan ilmu Syariah. Kebetulan, waktu sekolah menengah dulu aku ada ambil subjek Syariah nie dan tahu jugakla serba sedikit mengenainya.

   4 Salam Media Agensi Pengiklanan Islamik

2 Salam Media Agensi Pengiklanan Islamik

3 Salam Media Agensi Pengiklanan Islamik

Dan yang menariknya , laman web ini telah menawarkan hadiah Ipad Mini 2 kepada mereka yang membuat iklan di bawah mereka. Mudahkan ? 

1 Salam Media Agensi Pengiklanan Islamik

Tunggu apa lagi ? Cepat join segera. Kepada blogger, korang hanya buatkan satu entri mengenai Salam Media. Thats it. Mungkin anda adalah salah seorang yang bertuah untuk menang Ipad Mini 2 ini ??

Laman web Salam Media : http://www.salammedia.my





Tuesday, 17 December 2013

Karnival Sukan PKIBM Malaysia 2013

Assalamualaikum dan Salam Ceria !

Sorry , entri ini baru saja ter'update disebabkan kekangan masa .

 Karnival sukan PKIBM ( Persatuan IPTS Bumiputera Malaysia ) telah berlangsung pada 6-8 Disember 2013 .


Acara yang aku join ialah futsal wanita. Ciwahh ! Macam tak percaya pulak boleh join acara yang setahun sekali diadakan nie . Teruja sangat2 sebab dapat bermain dengan member2 kelas dan member sekolah dulu.


Geng berdiri dari kanan : Intan, Milah, Kak Ecah, Ain, Fynaz 
Geng duduk dari kanan : Aaliya, Ikah, Yana, Siti, Sofia

Milah dan Ain tu classmate aku manakala Ikah tu pulak classmate aku waktu dekat sekolah dulu. 
Walaupun aku sempat bermain untuk satu game ja , tapi tetap enjoy sebab kita main untuk suka2 kalah menang belakang cerita. Tak gitu ?

Kami lawan dengan team kolej Uniti dan juga team jemputan team Sukma Penang. Memang terbaikla kan. 

team AUCMS vs team UNITI

Alhamdulillah , dalam game nie kami menang dengan jumlah jaringan 3-0 :) . Team futsal lelaki pulak dapat naib juara manakala team bola jaring pulak dapat johan. 



Nindiaa .. masuk surat khabaq baq hanggg ! huhu .. Harian Metro 13/12/13. 

Wednesday, 11 December 2013

Wordless Wednesday #4 11.12.13



Assalamualaikum dan Salam Ceria !


Ada apa dengan 11.12.13 ??


sumber : Google

Untuk kekalkan kesopanan blog aku , aku ambil gambar Rozita Che Wan pakai tudung. Tahniah kepada Rozita Che Wan dan Zain Saidin atas perkahwinan diorang pada 11.12.13 . Semoga berbahagia hingga ke anak cucu .. Tak lupa juga kepada seorang lagi selebriti iaitu Jovian Mandagie dan pasangannya.

sumber : Google

Nasib kau dah jadi suami orang Jovian .. frust tertonggeng jugakla aku nie .Huuuu ...


Entri berkaitan : 12.12.12






Sunday, 8 December 2013

Pretty Awesome Giveaway by Khairina


klik BANNER untuk join !


Assalamualaikum dan Salam Ceria !

Hari Ahad yang penuh ceria ini , aku join Pretty Awesome Giveaway by Khairina . Yang aku berkenan nak join sesangat nie sebab hadiah dia memang daebak giloss. Rasa macam nak semua ja*nampak tak ketamakan aku disitu.


Apa korang tunggu lagi, jomla join Pretty Awesome Giveaway by Khairina nie. Tak rugi apa apa yaa . Aku tengok senarai peserta Pretty Awesome Giveaway nie pon dah melebihi 200 orang. Tak caye, korang klik je dekat Giveaway nie. 

Cepat join sebelum tarikhnya luput ditelan zaman*krik krik krik krik

Tarikh luput Pretty Awesome Giveaway by Khairina : 20 Disember 2013

nota untuk si Khairina : sori ye dik , akak tak aktif Instagram buat masa sekarang so, akak tak boleh nak follow akaun2 Instagram tu yer ..tsskk (-_-)

Saturday, 7 December 2013

Bunga Ros dari Libresse !

Assalamualaikum dan Salam Ceria !

Nota comel : entri khas untuk makwe2 , aweks2 dan sewaktu dengannya =)

Apehal tetiba tajuk entri nie bunga ros dari Libresse ? Libresse jual bunga pulak ke ? Tapi kenapa kiah nie pulak yang dapat ? 

Ok ..taknak bagi pening2 kepala lagi sekarang nie cuma nak bagitau cerita sebenar. Alkisahnya, sedang aku melayari internet di kala ini , aku ternampak page Libresse . Yang buat aku gatai tangan nak klik tu sebab aku nampak bunga ros warna merah baq hanggg ! Aku kan peminat bunga ros dan semestinya warna merah maka tak heranlah aku mengecat blog aku dengan warna merah *masuk bab sejarah sat.

                                                     ....

Dekat page tu dia ada buat soal jawab pasal personaliti kita . Ada 6 soalan dan korang mesti jawab dengan jujur jujur sejujurnya. Setelah berhempas pulas menjawab soalan yang Libresse kasi , nindiaaaa ! depa bagi kat aku .


Fynaz, sudilah terima bunga ros dari kami pihak Libresse =)

Siap bagi description lagi pasal personaliti diri ini . Memang kebanyakannya betul dan yang paling betul sangat mestilah bunga ros tu . HUHU ..

Nak ambil test nie jugak ? Ok , korang boleh klik dekat link di bawah ini ...


Jangan lupa kongsi bunga apa yang korang dapat ye !

Wednesday, 4 December 2013

Contest SEO Eridy



KLIK BANNER UNTUK JOIN !

Assalamualaikum dan Salam Ceria ,,

Buat pertama kalinya aku join contest SEO Eridy nie baq hanggg . Saja ja nak test market nak tengok aku laku ke idok dekat Encik Google huhuu. Dan aku pasti dan terlalu pasti yang join contest nie bukan calang2 blogger weh. Sendiri mau hidup la bak orang kata . Apepon bak orang mat Saleh cakap the best women/men win.
Tak gitu ?

Dan satu lagi hadiah dia memang daebak la . Nak tahu apa hadiah dari contest SEO Eridy, jangan kalot , KLIK ja dekat banner contest SEO Eridy yang aku tempah dari Photoscape nuu. Penat tau buat semata2 untuk contest nie . Huhu

Apa tunggu lagi , jom join contest nie selagi tarikh tak luput dek zaman . Erkk ?

Selamat maju jaya =)

Nota yang membuatkan orang nak bagi kaki : Taknak taip panjang2 sebab keyboard rosak . (>_<)




Tuesday, 3 December 2013

Mini GA KakNi Edisi Tupperware

Assalamualaikum dan Salam Ceria !



KLIK BANNER UNTUK JOIN !

Jom ramai2 join giveaway nie .Macam best je macam best je hadiah tu . HIHI ..

Cepat join sebab expired date 6/12/13 .

Semester 6 .. Peperangan bakal Bermula

Assalamualaikum dan Salam Ceria !

Yeahh kawan2 , harini bermulalah semester 6 iaitu semester terakhir aku dalam Diploma Fisioterapi . Maka dengan ini bermulalah peperangan aku dengan buku-buku , journal-journal , nota-nota dan tiada lagi Candy Crush sepanjang malam *oh Men ! susah nak tinggal tu -_- .

Semester 6 jugak bukan tempat untuk bermanja dengan lecturer lagi sebab semester akhir nie lecturer dah transformerkan diri mereka menjadi strict baq hang . Semua pakat2 ubah style mengajaq termasuklah lecturer feberet aku .Hurmm .. Apa boleh buat , nasib kaulah Fynaz oii !

Subjek kalini bukan biasa biasa dah . Semuanya luar biasa . Korang boleh tengok senarai subjek dekat SINI. Nausea ( feeling like vomiting ) semakin berleluasa dalam trachea aku nie . Tapi takpe, bak cakap bijak pandai Think positive ! Think Positive ! :)

JADUAL KELAS AKU YANG KALER MALER MEH .


Azam untuk semester ini*aku jenis yang tak tunggu awal 1 Januari untuk buat azam OK ? sudah semestinya nak belajar betul2 . Taknak gostan ( reverse ) ke belakang dah . Just look straight forward . Semua benda mestilah cepat cepat dan cepat . Taknak pasif lagi mau aktif *like my senior physiotherapy said . Dan semestinya nak dapat keputusan yang Cemerlang , Gemilang dan Terbilang *also hope can get DeanList .

Kepada kengkawan yang sama2 berperang dengan semester akhir nie tak kiralah untuk kos apa pon , selamat maju jaya diucapkan kepada semua . Moga kita berjaya mengenggam segulung diploma/ijazah/master . In sha Allah . :)

Perancangan masa depan : Degree in Physiotherapy pulak . Aminnn !




Sunday, 1 December 2013

Berjimba di Taiping

Assalamualaikum dan Salam Awal Disember !

Dengan ini aku mengumumkan yang entri ini adalah entri pertama pada bulan Disember 2013. Ciwahh .kelasss kau ! Sebenarnya entri ini tetap berkisarkan mengenai kisah aku sepanjang menjadi anak perantauan di Taiping nuu .. Sepanjang dua bulan ada kat sana , banyak tempat jugak yang aku sempat jelajah .Antaranya yang paling fofular kat mestilah Taman Tasik Taiping . Tapi jom review gambar gambar kat bawah nie dulu =)

public phone Oldschool pon ada weh *feeling macam kat London masa nie .
Hijau Kuning forever ! yeahh! Aku anak jati Kedah !

Tempat nie nama dia Laman Kebudayaan dekat Jalan Stesen . Nak detail lagi belakang IPD Taiping. Kat situ jugak ada muzium mengenai sejarah Taiping tapi kiteorang tak masuk sebab hari Ahad buka pukul 12.30 tengah hari . Kami sampai dekat sini pada pukul 9.00 pagi . Takkan nak cangak kat situ wehh ! ,,
sebelah nie adalah kedai frozen yogurt #Chillcup



Dua gambar nie aku snap dekat kawasan medan selera di Taman Tasik Taiping berdekatan dengan McDonalds Taman Tasik Taiping. Apa yang uniknya dekat sini ialah bentuknya sebuah keretapi .Itu yang menyebabkannya nampak sempoi dan ada stail la !

Taman Tasik Taiping ?? next entry La

OK .. Aku rasa entri aku dah cukup panjang dan kebetulan pulak mata nie dah nak terkatup sendiri . Next entry aku akan cerita pasal Taman Tasik Taiping pulak . Ohyeaa !







LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Support by :