Pages

Saturday 7 September 2019

Masam Manis di MyKori Dessert Cafe Sungai Petani

Assalamualaikum Salam Ceria!

Kemain ceria bila dapat manis manis kan.
Manis sampai nak potong kaki 😁

Ehhehe. Back to the story.

Haritu masa duk godek FB tetiba nampak satu iklan nie pasai shaved ice yang akan dibuka di Sungai Petani.

So i pon godek Fb Page dan jugak godek di Google. Wah kebanyakkannya bagi good review ( Cik Epal pon dah cuba ) dan nampak tempting sangat ais dia.
Dalam hati duk menjerit dah, HANG MESTI CUBA PINATT!

So last Monday, kami terus heading to MyKori Dessert Cafe Sungai Petani. Yeayyy!
 Lokasi : MyKori Dessert Cafe Sungai Petani ( Lot 88 )

Milo Kakigori, Mont Fuji Kakigori, Kanko Kakigori



Triple Chocoreo Toast add on Matcha and Mint Chocolate Ice Cream

Antara menu yang kami cuba pada hari kejadian. Menu yang kami order nie pon ibarat macam last choice jugak sebab nak try signature kakigori yang lain xdak.
Tapi apa yg kami order diatas memang sedap dan healthy jugak.

Signature Kakigori kami order Milo dan Mont Fuji Kakigori. Isi dalam Milo Kakigori tu ada milo Nugget dan juga Milo crunch yang bulat tu. Agak manis.


Isi dalaman Mont Fuji pulak ada strawberry, mangga dan bila sebati dengan ais nie dia rasa macam yogurt bliss.

Lepastu Kanko Kakigori pulak kami pilih based Yogurt Ice dan jugak 2 topping buah 3 topping kekacang. Kengkonon macam healthy food la sbb ada Granola oats, Cornflake dan Toasted Almonds giteww!

Last but not least, kami cuba Chocoreo Toast dia. Roti dia agak tebal sedikit dan kami xkisah sebab kami belasah  macam makan roti canai cicah kari 😂

Keseluruhan decoration cafe, suasana cafe memang best sebab banyak port untuk tangkap gambar disamping makan sampai kekenyangan.





Harga untuk dua orang makan. 
Nampak tak cop diatas resit tu. Cukup 10 cop boleh dapat 1 Mini Kakigori secara PERCUMA dengan syarat buat pembelian RM20 keatas.

I is tashabar sebab MyKori akan dibuka di Kulim pulak 😍

2 comments:

  1. Hi,,, orang Kulim ke. hihi geng la.

    Btw tak pernah cuba Mykori lagi, mahal juga ek. Eh ke kita yang kedekut ni :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai ye sis. Orang Kulim..hehehe.. dekat Kulim pon saya dah try, best jugak tempat dia.must try tapi jangan selalu .hehhe

      Delete

Terima kasih kerana memberi KOMEN :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Support by :