Pages

Thursday 15 August 2013

Baca Blog Orang Sampai Blog Sendiri Terabai

Assalamualaikum dan Salam Ceria !

Yeah3x .. Minggu depan dah bermula study week yang bermakna minggu akan datang tu adalah minggu exam. Haisyy, belum prepare hape2 nie*tak prepare hape tapi sempat mengosip kat sini .Huu~~

Takpelah , sebelum bermulanya study week , sebelum bermulanya exam , sebelum korang lempang aku*berani korang ?? lets cut to the chase ( ayat OhMyEnglish part Maz jadi designer .HAHA )

OKlah , disebabkan aku ada masa senggang yang teramat senggang nie , aku sempatla menziarahi belog2 yang super famous amos dari aku .. Seronok baca belog orang femes nie sebab terasa macam diri ini pon femes jugak . Kihkihkih . Terperasang sudah .

Antara blog yang sempat aku lawat ialah blog Dunia Sebelah Zara ,Jejari Runcing, Cik Natrah, Terfaktab dan banyak lagi la .. *keyboard nie taknak taip panjang2 ^^


Ini adalah senarai  blog yang menjadi satu kemestian untuk aku melawat sebab ada dalam bloglist aku kan =)

Aku ada dalam senarai bloglist korang tak ? Kalau takde takpe , kalau ada Alhamdulillah sangat .hihi..

Adiozzz !



Tuesday 13 August 2013

Cerita Raya + Tunang + Kahwin + Cuti Sekolah

Assalamualaikum dan Salam Syawal !

Alhamdulillah , hari ini dah masok raya ke-6 dan aku dah berada di kolej yang tercinta waaaaaaa ..  

Raya kalini yang best sebabnya sekali dengan cuti sekolah . So, means that banyakla kenduri kahwin , kenduri tunang , kenduri merisik dan kenduri berkenalan ade ke? ini belum termasuk lagi dengan open2 house bak hanggg !

Antara moment yang berlaku sepanjang raya + cuti nie ialah kawan aku waktu sekolah menengah dulu dah pon berkahwin . Tahniah Mira , sorry tak dapat pergi sebab ada masalah transport . In Sha Allah bila hampa   dapat baby kami pi naa . Heeeee .

Then , kawan kecik2 + jiran aku pon dah bertunang . Yang nie memang sempat aku attend majlis dia sebab selang berapa rumah jaa . Kawan aku nie tua setaung dari aku .

dia ada lesung pipit , aku? only lesung batu T_T

Lokasi : di rumah kawan .

Memang seronok dapat attend majlis tunang ,first time attend tetiba jadi jakun sat . Dalam hati sempat lagi terdetik , macam nila suasananya bila aku bertunang nanti . Dengan kalutnya , dengan riuhnya nampak masing masing keletihan tapi bahagia .so manissss :)


Last but not least , tahniah kepada yang mendirikan rumah tangga , membina tangga , membina masjid dan mendirikan apa yang patot . Sentiasa mendoakan mereka bahagia hingga akhir hayat . Aminn .

Turn aku ? Tungguuuuuuuuuuuu !! 

Friday 9 August 2013

Nah , Amik Kauuu !

Assalamualaikum dan Salam Syawal !

Nindiaaaa .. sekarang nie tak risau dah kalau nakpi jalan mana2 sebab dah pasang PVR kat rumah .Hihi.. PVR tu ape ? Only in Astro la . Macam macam ada .. :)



berderet dok tunggu niee ! ^^


Cerita dah rekod , apa lagi jomla beraya puloks !

;)

:: Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin ::



Thursday 1 August 2013

Hari Terakhir Sebelum Cuti Raya ..

Assalamualaikum dan Salam Ramadan Karim !

Hari ini adalah hari terakhir kelas aku dalam bulan Ramadan ini. Minggu depan dah mula cuti tapi raya ke Empat dah kena datang kolej balik sebab kelas dah mula sobsobsob :'(  .Tapi aku takmoh melayan perasaan sedih itu kerana minggu yang berikutnya adalah minggu peperiksaan nokk ! Harkkk !

Semangat raya + Semangat peperiksaan = Kebabomm meletopss terokss ,, ^^

Apepon , aku memang kena bahagi darab campur tolak semuanya masa aku , Iyela .. dengan nak raya lagi dengan nak exam lagi kan ? An ? An? tergilos sudah .. Misi utama mestilah nak kumpul duit raya .Hihi .. Tak kisahla , aku baru 20 ok . 20 means 2 right or not ? perasantan sebentar


Wish me Luck ok .. Doakan aku dan kawan kawan yang lain untuk mengharungi minggu peperiksaan dengan sebaiknya  . In Sha Allah .. :)

Akhir sekali , selamat berpuasa hingga cukup 30 hari dan tidak terlalu awal untuk mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin. Nak mintak maaf awal2 kalau2 ada penulisan yang menyinggung perasaan abang abang hensem dan kakak kakak cantik kat sini .. Sebagai manusia biasa kita tak lari daripada melakukan kesalahan kan . Mula dah nak berceramah aku nie . OKla , enjoy your holiday !

Adiozz ,,

daa,,, cikgu dah habis mengajar :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Support by :