Assalamualaikum dan Salam Ceria !
Jom tengok sikit review untuk filem minggu ini iaitu Maleficent :)
sumber Google |
Pendapat aku :
Secara keseluruhan cerita nie memang best dan sesuai ditonton seisi keluarga sebab cerita nie berdasarkan cerita dari Sleeping Beauty yang diterjemahkan menjadi real story.
Menariknya, plot cerita nie bermula dari zaman kanak kanak Maleficent ( lakonan Angelina Jolie ) sehinggalah dia menjadi pari pari yang hebat tapi malangya sayapnya telah dipotong oleh orang yang dicintainya iaitu Stefan. Maka bermulalah episod peperangan diantara manusia dan pari pari sehingga Maleficent sanggup menyumpah Aurora iaitu anak Stefan yang dia akan mati menjelang hari lahirnya yang ke 16.
Part yang comel waktu Aurora masih kecil dan dia pergi dekat Maleficent dan menyuruhnya untuk dukung.Lahaii, so sweet . 4 bintang dekat situ..:D
Part last dalam cerita nie bukanlah putera raja yang cium si puteri tetapi Maleficent sendiri yang cium dan telah menyedarkan si puteri.hmmm.. girlspower ditunjukkan di situ (^-^)
Kesimpulannya, cerita ini lebihkan kasih sayang seorang ibu terhadap anak walaupun bukan anaknya sendiri so kepada sesiapa yang belum tengok lagi tu cepat2 p tengok sebab tak rugi beli tiket. Haa, satu lagi memandangkan hari nie hari Rabu dapat diskaun pulak takkan takmau lagi ?? Pilihan di tangan anda.
nota comel : kawan aku tengok cerita nie dua kali dalam masa seminggu sebab best dan comel ..huhu
Rating untuk filem : 4.5/5
Ala tak sempat nak tengok lagi...dah berkurun tak tengok wayang tak sempat hehe...
ReplyDeleteDatang blogwalking sini dari segmen Jom Blogwalking # 1 - http://diarymissnick.blogspot.com/2014/06/senarai-url-jom-blogwalking-1.html
Thanks atas penyertaan :)
salam kenal... singgah sini dari blog munirahizzan.com ..
ReplyDeleteramai kata crita ni best.. nak tgk jugak nanti.. :D
Salam selasa morning.. jenjalan ke sini :)
ReplyDelete