Pages

Monday 18 November 2013

Alhamdulillah .. Selesai Sudah Clinical Posting

Assalamualaikum dan Salam Ceria !

Wuaahhhh .. sudah lama tak menulis blog. Habis bersawang dah kita punya blog nie .. Semuanya salah clinical posting ( boleh gitu ?? ) .. Practical selama 10 minggu nie banyak mengajar aku erti kesabaran , keikhlasan dan kesetiakawanan .. Masa tu kita boleh kenal yang mana satu lawan mana satu kawan. Kita juga perlu belajar cara yang cepat untuk sesuaikan keadaan . Memang mencabar , kalau mental tak kuat bungkus kain baju balik rumah :p

Layan gambar sikit ..




Gambar bersama budak praktikal UniKL .. rindu sangat2 kat dowang ..Sempat berkenalan selama dua minggu sebab dowang praktikal hanya tiga minggu . Rindu hampa Lala , Mek Amy , Meksaa , Mira .. =,=

Waktu praktikal memang banyak belajar sebab kita buat kerja dengan human being .But as human being , everything not perfect . Kena marah depan pesakit tu perkara normalla buat student kens .. :)

Sentiasa berfikiran positif .. Itulah yang aku dapat simpulkan sepanjang tempoh aku praktikal nie . Kalau tak positif memang tak boleh buat kerja orang cakap . Kalau cerita kat sini satu entri belum cukup untuk huraikan segalanya. 

Memang seronok tinggal di tempat orang , dapat kenal ramai orang dan suasana tempat tu ..

Last day praktikal , memang hari terbaik sebab dapat jumpa membe satu sekolah menengah dulu . Memang tak sangka dapat jumpa tau . HUhu.. Terharu sangat ..



Why aku pakai baju biru ? Sebab tu baju bila nak masuk ICU . Apa yang ada dekat ICU ? haa.. jangan khuatir nanti aku cerita . Heee....

Praktikal dekat hospital nie , benda yang selalu ditekankan ialah hygiene ataupun kebersihan . Sebelum, semasa dan selepas MESTI cuci tangan sebab takut infection . Itu memang kena jaga. Kalau tak kita pulak yang admit ke wad . Tak gitu ? 

Habis praktikal , sambung pulak dengan post clinical dekat kolej aku , pastu Semester 6 . Wahh , dah nak grad aku nie .Macam tak caye pulak .hihi ...

Kepada junior2 dan senior yang ambil kos macam aku, IF dapat hospital , pergi ja sebab banyak pengalaman yang kita boleh dapat . Jangan dok ikot makwe pakwe pulak *itu pesanan yang sering aku dengar dari Clinical Instructor aku . =)

OK .. adiosss ! Peace !



4 comments:

Terima kasih kerana memberi KOMEN :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Support by :