Pages

Monday 22 July 2013

Ambil ia sebagai pengajaran Shafinaz !

Assalamualaikum dan Salam Ramadan Karim !

Alhamdulillah selesai sudah solat tarawih aku untuk hari ini . Hari ini  juga memberi aku satu pengajaran yang sangat berguna untuk aku supaya sentiasa berfikiran positif terhadap orang lain. :)

--> Alkisahnya, aku dan rakan ku pergi ke surau untuk menunaikan solat Isyak dan juga solat sunat tarawih . Kami melakukan solat Isyak secara berjemaah. Segalanya berjalan lancar sehinggalah waktu aku ingin bersalam dengan mak cik di sebelah aku . Selesai mengaminkan doa , aku menghulurkan tangan tanda ingin bersalam tetapi dia buat tak tahu dan terus melakukan solat sunat selepas Isyak .

Aku terkedu sebentar dan terus bagitau kawan aku yang mak cik sebelah aku kerek tanak salam dengan aku . Dengan selamber jugak kawan aku cakap mungkin dia tak perasan or tak nampak . Seriously memang tak ley diterima alasan macam tu . Memang rasa sakit hati jugak bila orang buat tak endah dekat kita.

Seketika , aku terpandang mak cik tu dan seperti telahan kawan aku yang mak cik memang tak nampak . Mata kiri dia ada selaput yang dipanggil glaukoma dan mungkin jugak mak cik tu ada penyakit diabetes. Astagfirullah . Terasa berdosa aku kerana berfikiran buruk seperti itu . Ampunkan saya mak cik (>_<)

Begitulah kawan2 , dalam hidup ini kita kena sentiasa berfikiran positif kerana dengan berfikiran positif dapat mengatasi segala penyakit hati .

:: pesanan dari insan yang lemah ::




6 comments:

  1. biasanya saya nak kuit sikit hehehhehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hm..mmg nk wt cmtu jgk ,, tp tkot mak cik tu ckp ape pulak :)

      Delete
  2. masyaAllah , pengajaran kpd awak dan semua :)

    ReplyDelete
  3. huh3x..pernah terjadi jugak pada saya..
    sekarang nie kene think positif untuk semua..
    tak nak buat anggapan awal..
    by the way ...salam kenal

    ReplyDelete

Terima kasih kerana memberi KOMEN :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Support by :