Pages

Thursday 30 August 2012

Saya Nak Duit Raya Cik Misya !!

klik BANNER untuk join!
Assalamualaikum dan Salam Ceria!!

KISAH AKU & DUIT RAYA

Alkisahnya, masa kecik2x dulu aku mmg suka beraya. Bukan aku sorang je korunk pown mesti pulun beraya gak kan. Punya tak sabaq nak dapat duit raya sampai solat sunat pown takgi [ trok kan =) ]. Pagi tu aku n geng2x aku dah buat rundingan meja bulat nk g umah mana dulu. Keputusan dah dibuat n kiteowg akan pegi ke rumah org kaya kat taman aku dulu.Huhu. Dengan semangatnya kiteorg pegila bejalan untuk pegi ke rumah itu :) . Sampai je kat umah tu, kiteorang jerit kuat2x, "Assalamualaikum! Kami mai nak raya ! Kami tanak makan ! Kami nak duit raya !" hihi.. [ ayat lazim ]. Pastu dengar ade org menyahut ,"Tanak makan tak dapat duit raya !".

 Adoii.. kan dah kene. Apelagi, kiteorg pown masuklah untuk pegi makan . Masa tu tuan rumah tak balik lg coz g solat sunat Aidilfitri. Tinggal anak dia jela.Lepas dah abih makan tu [ kiteorg makan dgn gelojohnya..huhu ] kiteorang mintak izin nk blik. Pastu anak dia suruhla kiteorg beratur untuk kasi "Angpow" maa. Memang seronok gilerr masa tu sebab mmg konpom akan dpt seploh hengget. Selesai dapat duit raya n bersalam kiteorg troz berlari kluar sbb nak tengok berapa nilai duit dalam tu.huhu. Kawan2x aku pakat buka sampul dan menayang duit baru. Aku rilek jela sebab mestila dapat sama mcm diorang kan. Then, salah sorang kawan aku tegor, "Pinat, tanak buka lagi ke?". Lepastu aku pown bukala dengan pnoh bangganya dan teramatlah terkejut beroks [ beruk pown tak terkejut mcm aku ] sebab aku hanya dpt SAMPUL KOSONG!!

Adoyaii..Masa tu rasa macam nak nangis[bukan nak nangis tp mmg dah nangis. huhu]. Maw taknye, kengkawan aku dah dpt seploh hengget Aku?? tak dapat pew g. Sedih sangat2x.Balik rumah aku citela kat mak n ayah aku. Mak aku dengan selambernye pesan, "Tula padahnye bila takgi solat sunat". Apelagi, berguguran troz mutiara2 kat mata aku nie. Akibat peristiwa itu, aku mmg berazam taknak tinggal solat sunat Aidilfitri lagi. :)

Opps! Blom tamat lagi, memandangkan aku mempunyai ayah yg bertimbang rasa, ayah aku kasi extra duit raya berbanding adik2x aku sebagai ganti tak dapat duit raya kat rumah org kaya. hihi. Thanks ayah :)
TAMAT SUDAHH

Soalan cepumas untuk Cik Misya yg cantek :: Berapa pasang baju Cik Misya tahun nie ? =)

Assalamualaikum buat semua. Kat sini , FynazShamz ingin menyusun sepuluh jari kaki wit jari tangan memohon ampun dan maaf sekiranya ada salah dan silap sepanjang berblogging nie. Terimalah serangkap pantun dari FynazShamz

Singgah kapal dari Itali
Membawa emas 3 kati
Mohon maaf ikhlas dari hati
Selamat Hari Raya AidilFitri.







3 comments:

  1. Salam.
    Bagi yang ada blog
    dijemput untuk menyertai GA kami di:-
    http://homestayskudaijohor.blogspot.com/p/ga-homestay-alya.html

    ReplyDelete

Terima kasih kerana memberi KOMEN :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Support by :