Pages

Monday, 23 July 2012

Kolam Renang Untuk Anak OKU

                                                                     Salam ceria semua

Georgetown: Seramai 125 kanak kanak dari Persatuan Kanak Kanak Cerebral Palsy ( Spastic ) Pulau Pinang ( Scap ) menikmati kemudahan kolam renang yg dilengkapi sistem solar sebagai pemanas air.
Kolam renang itu projek perintis pertama di Malaysia oleh Solar Smart Energy Sdn Bhd yg beroperasi di Puchong , Selangor dan Smart Tech Pulau Pinang. Ketua Pegawai Operasi Solar Smart Energy, Barry Lim berkata, projek kolam renang dilengkapi sistem solar itu memudahkan kanak kanak kurang upaya berkenaan melakukan lebih banyak aktiviti air untuk kesihatan. Menurutnya, kolam renang sedalam 4 meter membabitkan kos RM 86 ribu itu dipasang degnan 16 sistem tiub lebih mudah diselenggara dan menjimatkan.
" Seperti yg kita sedia maklum, SCAP memerlukan RM 100 ribu sebulan bg membayar bil elektrik dan lain lain kemudahan, justeru dgn pemasangan sistem solar ini mampu mnjimatkan bil elektrik sehingga RM 3 ribu sebulan. Jika satu daripada 16 tiub rosak, kerja penyelenggaraan hanya membabitkan tiub yg rosak saja berbanding kebanyakan sistem solar yg sedia ada," katanya.
Barry berkata demikian pada sidang media di SCAP, Jalan Masjid Negeri, semalam. Turut hadir, Pengerusi SCAP, Ng Fook On dan pemilik solar Smart Tech, Alex Woo.
Sistem tiub yg digunakan itu diperbuat daripada bahan khas yg mampu menyerap UV dan IR(infrared) supaya air dapat dipanaskan dgn cepat. Selain itu, turut disediakan kemudahan 7 pancuran mandi yg turut disambung dgn sistem tiub solar berkenaan.

2 comments:

  1. Anak OKU juga layak menjalani kehidupan macam anak-anak normal yg lain. Harap dgn adanya bantuan camni anak OKU tu akan lebih bersemangat nak teruskan hidup :)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana memberi KOMEN :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Support by :