Pages

Wednesday 25 June 2014

Filem Minggu Ini : Maleficent



Assalamualaikum dan Salam Ceria !

Jom tengok sikit review untuk filem minggu ini iaitu Maleficent :)

sumber Google

Pendapat aku : 
Secara keseluruhan cerita nie memang best dan sesuai ditonton seisi keluarga sebab cerita nie berdasarkan cerita dari Sleeping Beauty yang diterjemahkan menjadi real story.
Menariknya, plot cerita nie bermula dari zaman kanak kanak Maleficent ( lakonan Angelina Jolie ) sehinggalah dia menjadi pari pari yang hebat tapi malangya sayapnya telah dipotong oleh orang yang dicintainya iaitu Stefan. Maka bermulalah episod peperangan diantara manusia dan pari pari sehingga Maleficent sanggup menyumpah Aurora iaitu anak Stefan yang dia akan mati menjelang hari lahirnya yang ke 16.

Part yang comel waktu Aurora masih kecil dan dia pergi dekat Maleficent dan menyuruhnya untuk dukung.Lahaii, so sweet . 4 bintang dekat situ..:D

Part last dalam cerita nie bukanlah putera raja yang cium si puteri tetapi Maleficent sendiri yang cium dan telah menyedarkan si puteri.hmmm.. girlspower ditunjukkan di situ (^-^)

Kesimpulannya, cerita ini lebihkan kasih sayang seorang ibu terhadap anak walaupun bukan anaknya sendiri so kepada sesiapa yang belum tengok lagi tu cepat2 p tengok sebab tak rugi beli tiket. Haa, satu lagi memandangkan hari nie hari Rabu dapat diskaun pulak takkan takmau lagi ?? Pilihan di tangan anda.

nota comel : kawan aku tengok cerita nie dua kali dalam masa seminggu sebab best dan comel ..huhu

Rating untuk filem : 4.5/5







Publish Diri di Blog

Assalamualaikum dan Salam Ceria !

Atudiaa..Sekian lama tak update blog fuhfuhfuh..berhabuk nau..Jenuh nak mengelap mengemop bagai ..hihi..
Diam bukan tanda malas nak update tapi disebabkan kekangan waktu dan masalah masalah yang dihadapi.Setiap hari ada ja cerita menarik yang berlaku dan boleh dikongsikan dekat blog tapi hmm...Takpala..kita simpan dulu, lepas tu nanti akan keluar jugak dekat blog kesayangan aku nie. Aciwahh..

Sebenaqnya, macam macam nak cerita dan tak tahu nak mula cerita cemana*punya nak habaq dah lama xberblogging Jari pun dah stiff teruk nie..haha.. Aku buat keputusan yang aku nak cerita secara random dulu lepastu baru buat entri untuk satu persatu. Boleh tak ? hee..

Antaranya ..

1. Tamatnya pengajian diploma selama 3 tahun
Alhamdulillah ..setelah berhempas pulas memerah otak sampai kering akhirnya aku berjaya menamatkan pengajianku dalam diploma Fisioterapi selama 3tahun di kolej AUCMS. Tapi, tak boleh tarik nafas lega lagi sebab clinical exam iaitu last exam akan berlaku Khamis dan Jumaat nie. Kepada kengkawan yang baca nie tolong doakan saya ye. :)

2. Kerja
Dah seronok habis studi kononnya im free. Tak payah pegang buku dah.yeay*feeling heavenla kunun satu masalah yang dihadapi oleh ex student nie adalah kerja. Alamak, kerja pulak.Takkan nak duk rumah tanam anggur ? Ternak lemak ? No laa..So, inisiatif sendiri cari kerja dan alhamdulillah dapat. Kerja apa? Nantikan sambungannya..huhu

3. Putus cinta Putus kawan
Apakah ? Haisyy..itulah..oqang suh blajaq gatai nak becinta..kan dah kena.haaa..kedah piaww...macam macam perangai. Yang paling tak boleh blah bila tahun akhir kita tau perangai memasing..hmnm.. Macam ayah aku selalu cakap 'kawan dengan orang baik jadi baik kawan orang jahat jadi jahat'. ok ayah, kakak ikut nasihat ayah tu :) ..

4. ???

Dahla sikit2 ..nanti orang bosan pulak . .Takpa.. nanti aku update lagi .tunggu jela kan :)

OKLA..jom layan bola dulu dan nak habaq Kedah menang bola tadi  kalahkan PDRM .

PULUN KEDAH PULUN !!


belanja gambaq satu kat sini naaa ..:D




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Support by :