Pages

Wednesday 26 March 2014

Tuesday 25 March 2014

Segmen Mini Power Bank Untuk Rakan Blogger Zamani Abe


klik banner untuk join =)

Assalamualaikum dan Salam Ceria !

Hai2 ..Harini mood untuk join giveaway ada dan aku ambil kesempatan nie untuk join Segmen Mini Power Bank Untuk Rakan Blogger Zamani Abe. Macam menarik je macam best ja powerbank tu. Yalah kan, sana sini orang pakai power bank sebagai penyambung hayat untuk smartphone nie. Rugilah henpon mahai tapi bateri alahaii ..Nyampah kau ! Oleh itu dengan adanya power bank ini, dapatlah kita meneruskan perjuangan untuk online kan .*ayat taleh blah.

Kepada kekawan blogger yang belum join lagi , jom ambil kesempatan untuk join sementara stok masih ada sebab due date belum diputuskan lagi . Jom cepat2 join naa :)



Saturday 22 March 2014

Tragedi Bawang dan Final Exam

Assalamualaikum dan Salam Ceria !

Fuhh..Berhabuk habis lantai blog aku nie gara gara tinggal hampir sebulan. Sorry ye Encik Belog sebab jarang meng'aktif'kan awok.Huhu. Aku menyepi nie gara gara final exam dah dekat . Final exam untuk semester akhir.wuhuu~ Takut oii !

 Final exam nie berlangsung selama dua minggu merangkumi 7 subjek*jenuh nak menghapai jah oii .. Kepada kekawan yang baca entri aku nie, doakan aku semoga berjaya dalam final exam nie ye :)


...............TAMAT

Alkisah tragedi bawang

Dalam aku duk menaip entri nie, aku dah ada dekat hostel untuk meneruskan sisa baki perjuangan semester akhir.hihi*ayat kauu.

Untungnya duk kat hostel nie, aku boleh memasak sebab ada dapur mini yang memudahkan kami sekiranya kami malas nak keluar beli makanan.Haa.itulah alkisahnya. Nak dijadikan cerita, semalam aku bersiap dari home sweet home di Kulim, aku dah prepare barang memasak yang akan aku bawak ke hostel. Kira dalam plastik tu ada telur, ikan bilis, bawang dan bahan yang diperlukan.

Sesampainya di hostel, masa aku nak kemas barang, tiba tiba ...


dah kenapa semuanya jadi bawang kecik ??

Lahaii .. nie la tragedinya .. Nampaknya menu kali nie bawang masak merah, bawang goreng, sup bawang, bawang masak kicapla .Haisyy,, teruk betul kau nie jah ! -,-

nota kecik : aku kol mak dan bagitau yang aku tertukar barang. Mak aku dengan rileknya cakap " kak buatla apa yang patot dengan bawang tu.benda boleh makan, jangan buang pulak.Rugi". Erk ? Ok mak =,=

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Support by :