Pages

Wednesday 25 June 2014

Filem Minggu Ini : Maleficent



Assalamualaikum dan Salam Ceria !

Jom tengok sikit review untuk filem minggu ini iaitu Maleficent :)

sumber Google

Pendapat aku : 
Secara keseluruhan cerita nie memang best dan sesuai ditonton seisi keluarga sebab cerita nie berdasarkan cerita dari Sleeping Beauty yang diterjemahkan menjadi real story.
Menariknya, plot cerita nie bermula dari zaman kanak kanak Maleficent ( lakonan Angelina Jolie ) sehinggalah dia menjadi pari pari yang hebat tapi malangya sayapnya telah dipotong oleh orang yang dicintainya iaitu Stefan. Maka bermulalah episod peperangan diantara manusia dan pari pari sehingga Maleficent sanggup menyumpah Aurora iaitu anak Stefan yang dia akan mati menjelang hari lahirnya yang ke 16.

Part yang comel waktu Aurora masih kecil dan dia pergi dekat Maleficent dan menyuruhnya untuk dukung.Lahaii, so sweet . 4 bintang dekat situ..:D

Part last dalam cerita nie bukanlah putera raja yang cium si puteri tetapi Maleficent sendiri yang cium dan telah menyedarkan si puteri.hmmm.. girlspower ditunjukkan di situ (^-^)

Kesimpulannya, cerita ini lebihkan kasih sayang seorang ibu terhadap anak walaupun bukan anaknya sendiri so kepada sesiapa yang belum tengok lagi tu cepat2 p tengok sebab tak rugi beli tiket. Haa, satu lagi memandangkan hari nie hari Rabu dapat diskaun pulak takkan takmau lagi ?? Pilihan di tangan anda.

nota comel : kawan aku tengok cerita nie dua kali dalam masa seminggu sebab best dan comel ..huhu

Rating untuk filem : 4.5/5







Publish Diri di Blog

Assalamualaikum dan Salam Ceria !

Atudiaa..Sekian lama tak update blog fuhfuhfuh..berhabuk nau..Jenuh nak mengelap mengemop bagai ..hihi..
Diam bukan tanda malas nak update tapi disebabkan kekangan waktu dan masalah masalah yang dihadapi.Setiap hari ada ja cerita menarik yang berlaku dan boleh dikongsikan dekat blog tapi hmm...Takpala..kita simpan dulu, lepas tu nanti akan keluar jugak dekat blog kesayangan aku nie. Aciwahh..

Sebenaqnya, macam macam nak cerita dan tak tahu nak mula cerita cemana*punya nak habaq dah lama xberblogging Jari pun dah stiff teruk nie..haha.. Aku buat keputusan yang aku nak cerita secara random dulu lepastu baru buat entri untuk satu persatu. Boleh tak ? hee..

Antaranya ..

1. Tamatnya pengajian diploma selama 3 tahun
Alhamdulillah ..setelah berhempas pulas memerah otak sampai kering akhirnya aku berjaya menamatkan pengajianku dalam diploma Fisioterapi selama 3tahun di kolej AUCMS. Tapi, tak boleh tarik nafas lega lagi sebab clinical exam iaitu last exam akan berlaku Khamis dan Jumaat nie. Kepada kengkawan yang baca nie tolong doakan saya ye. :)

2. Kerja
Dah seronok habis studi kononnya im free. Tak payah pegang buku dah.yeay*feeling heavenla kunun satu masalah yang dihadapi oleh ex student nie adalah kerja. Alamak, kerja pulak.Takkan nak duk rumah tanam anggur ? Ternak lemak ? No laa..So, inisiatif sendiri cari kerja dan alhamdulillah dapat. Kerja apa? Nantikan sambungannya..huhu

3. Putus cinta Putus kawan
Apakah ? Haisyy..itulah..oqang suh blajaq gatai nak becinta..kan dah kena.haaa..kedah piaww...macam macam perangai. Yang paling tak boleh blah bila tahun akhir kita tau perangai memasing..hmnm.. Macam ayah aku selalu cakap 'kawan dengan orang baik jadi baik kawan orang jahat jadi jahat'. ok ayah, kakak ikut nasihat ayah tu :) ..

4. ???

Dahla sikit2 ..nanti orang bosan pulak . .Takpa.. nanti aku update lagi .tunggu jela kan :)

OKLA..jom layan bola dulu dan nak habaq Kedah menang bola tadi  kalahkan PDRM .

PULUN KEDAH PULUN !!


belanja gambaq satu kat sini naaa ..:D




Wednesday 23 April 2014

Thank You Moyes

Assalamualaikum dan Salam Ceria !

Entri kedua mengenai BOLA .Yang pertama boleh baca dekat SINI
Tolong bagi tepukan gemuruh ok ? ^_^

Walaupun aku nie dalam kalangan peminat bola tak berapa ketegaq*kedahan words tapi aku rasa tertarik nak taip entri mengenai bola nie. Hal nie disebabkan pengurus pasukan kesayanganku MANCHESTER UNITED David Moyes dah pon ucap selamat tinggal dekat kelab MU.

Hal yang kedua, yang buat aku tertarik lagi mestilah tempoh perjalanan karier dia yang tak segah sehebat sedaebak dan tak selama macam Sir Alex Ferguson. Apa apa pon thank you Moyes sebab kalau hang tak jadi pengurus ManU mesti aku tak kenai hang.......*buley tera tu =,=


Hal yang ketiga, troll mengenai YB Khairy Jamaluddin yang nak ganti Moyes. MOYES digantikan dengan MOYAS ( Minister of Youth and Sports ) hmm..pon bolehla YB..huhu..gambar nie aku amik dekat page YB Khairy Jamaluddin. Yang syoknya bila ada komen2 macam nie "first time tengok menteri buat kelakar"..huhu..bak cakap2 orang lawak yg jadi :D

memang caqa lagunie*kedahansays

Hal yang terakhir, mestilah Moyes syok sebab trending worldwide di Twitter, Facebook dan social media yang lain. Ada yang memuji bahkan ada yang mengeji. Lumrah kehidupan.Life must go on.

Diharap pengurus baru Manchester United Van Gaal dapat memenuhi hasrat penyokong2 setia ManU untuk naik takhta balik. Kalau bukan tahun nie tahun depan pon ok. 

Ayat penyedap hati : hero kalah dulu menang kemudian. Tak gitu ??
#GGMU
#WomenFans

Terima kasih sudi baca !

Tuesday 22 April 2014

Contest Best Buddy BB Cream Clear Smooth Maybelline

Assalamualaikum dan Salam Ceria !

Akhirnya dapat juga kembali menulis + merapu dekat blog buruk aku nie. Almaklumlah, sekarang sibuk dengan praktikal untuk semester akhir. Doakan yang terbaik untuk aku dan kawan kawan ye .. :)

Kembali pada cerita asal ..................

Alkisahnya dalam aku duk godek2 mencari maklumat dekat Facebook, aku ter'usha' page Maybeline Malaysia yang buat contest untuk BestBuddy Maybelline BB Generation. Oleh yang demikian, aku memang nak sangatla join contest tu sebab aku pon pengguna tegar@tak berapa tegar dengan Maybelline nie.

Pendapat aku mengenai BB Cream Maybelline nie memang daebak la sebab bila pakai kulit muka jadi halus ngat2 dan parut jerawat pun pudar dan kenalah dengan nama dia pon BB Cream Clear Smooth :)



nie gambar yg kami upload untuk contest BestBuddy Maybelline BB Generation. Cantik tak ? huhu

Saja ja cuba nasib untuk join contest macam nie. Tapi, aku ada permintaan sikitla.hihi. Malu tapi mahu,huhu*nyampah kau
ok2..kalau boleh aku nak kengkawan2 yang ada Facebook tolong vote untuk kami sat buley dak ? huhu.
Caranya senang je..
1. buka link nie : Maybelline dan klik dekat tanda bintang tu.
Mudahkan..hihi

Kepada kengkawan yang join jugak tu, aku ucapkan "Good luck" jugakla ye.  Kepada kengkawan yang belum join lagi tu, sempat lagi korang nak join sebab due date contest nie pertengahan bulan Mei ok,,

Terima kasih sudi baca :)

Tuesday 1 April 2014

3 Days More ..Counting and keep counting

Assalamualaikum dan Salam Ceria !


Amboi..belagak kau tajuk entri cakak omputeh ..HUHU..Apa kebende duk counting tu ? Counting star macam One Republic ke ? Haa, takdala ..Sebenarnya, tinggal lagi 3 hari je aku nak memerah otak  untuk final exam nie. Yela, sebab ini adalah semester terakhir aku dalam diploma nie iaitu semester 6. =,=

Seriously, macam tak percaya dah tiga tahun aku belajar. Waktu semester pertama dok terpikir "bila nak habis. Bosanla belajar. Selalu terdetik macam tu. Tapi bila dah masuk semester akhir nie rasa macam "oh no. Aku dah nak habis belajar la. Lahaii . Itulah kan pendirian manusia selalu berubah . Macam iman kita jugak, sekejap turun sekejap naik. Hmm..

Minggu lepas selesai sudah exam paper aku seperti Women Health, Paediatrics, Geriatric,Sports and Occupational Health Safety, dan satu lagi Rehabilitation Medicine. Alhamdulillah, aku boleh jawab dengan jayanya. Minggu nie pulak subjek subjek macam Ethics and Administration, Management for Physiotherapy dan Entrepreneur for Physiotherapy. Subjek business la katakan. Wish me luck :)

Entri kalini lebih kepada rileks mileks sikit sebab kononnya nak release tension. Huuu.. Entri kalini nie jugak entri yang cakap banyak sebab aku rasa aku jarang cakap banyak dekat blog aku nie*yekew ??. Kenapa boleh rileks lagi nie ? Sebabnya esok exam sebelah petang dan sempatlah aku nak studi di pagi hari . hihi..

Ok,cukupla entri merapu takat nie. Nanti busang pulak orang nak nengok. Entah ada yang nengok pon dop tawula ..

Sebelum habis, jom layan gambaq aku waktu studi.


lahaii .. berteraboq habeh .. punah laguni -_-







Wednesday 26 March 2014

Tuesday 25 March 2014

Segmen Mini Power Bank Untuk Rakan Blogger Zamani Abe


klik banner untuk join =)

Assalamualaikum dan Salam Ceria !

Hai2 ..Harini mood untuk join giveaway ada dan aku ambil kesempatan nie untuk join Segmen Mini Power Bank Untuk Rakan Blogger Zamani Abe. Macam menarik je macam best ja powerbank tu. Yalah kan, sana sini orang pakai power bank sebagai penyambung hayat untuk smartphone nie. Rugilah henpon mahai tapi bateri alahaii ..Nyampah kau ! Oleh itu dengan adanya power bank ini, dapatlah kita meneruskan perjuangan untuk online kan .*ayat taleh blah.

Kepada kekawan blogger yang belum join lagi , jom ambil kesempatan untuk join sementara stok masih ada sebab due date belum diputuskan lagi . Jom cepat2 join naa :)



Saturday 22 March 2014

Tragedi Bawang dan Final Exam

Assalamualaikum dan Salam Ceria !

Fuhh..Berhabuk habis lantai blog aku nie gara gara tinggal hampir sebulan. Sorry ye Encik Belog sebab jarang meng'aktif'kan awok.Huhu. Aku menyepi nie gara gara final exam dah dekat . Final exam untuk semester akhir.wuhuu~ Takut oii !

 Final exam nie berlangsung selama dua minggu merangkumi 7 subjek*jenuh nak menghapai jah oii .. Kepada kekawan yang baca entri aku nie, doakan aku semoga berjaya dalam final exam nie ye :)


...............TAMAT

Alkisah tragedi bawang

Dalam aku duk menaip entri nie, aku dah ada dekat hostel untuk meneruskan sisa baki perjuangan semester akhir.hihi*ayat kauu.

Untungnya duk kat hostel nie, aku boleh memasak sebab ada dapur mini yang memudahkan kami sekiranya kami malas nak keluar beli makanan.Haa.itulah alkisahnya. Nak dijadikan cerita, semalam aku bersiap dari home sweet home di Kulim, aku dah prepare barang memasak yang akan aku bawak ke hostel. Kira dalam plastik tu ada telur, ikan bilis, bawang dan bahan yang diperlukan.

Sesampainya di hostel, masa aku nak kemas barang, tiba tiba ...


dah kenapa semuanya jadi bawang kecik ??

Lahaii .. nie la tragedinya .. Nampaknya menu kali nie bawang masak merah, bawang goreng, sup bawang, bawang masak kicapla .Haisyy,, teruk betul kau nie jah ! -,-

nota kecik : aku kol mak dan bagitau yang aku tertukar barang. Mak aku dengan rileknya cakap " kak buatla apa yang patot dengan bawang tu.benda boleh makan, jangan buang pulak.Rugi". Erk ? Ok mak =,=

Friday 14 February 2014

IntanBerlian Mega Giveaway 2014

Bismillahirahmanirrahim ..
Assalamualaikum dan Salam Penghulu Jumaat !


klik BANNER untuk join ..


Jom meriahkan IntanBerlian Mega Giveaway ini kerana hadiahnya sungguh ohsem .. Tak percaya boleh tengok tengok dekat sponsor hadiah yang aku senaraikan di bawah nie ..


Sebab hadiah dia yang ohsem la aku nak join IntanBerlian Mega Giveaway nie di samping buat sesi suai kenal bersama blogger blogger lain. Aku dapat tau mengenai IntanBerlian Mega Giveaway dari group whatsapp blogger KBBA Utara iaitu sis Zie Fauzi

Sesape yang nak join IntanBerlian Mega Giveaway sempat lagi sebab tarikh expired 16 Februari kira sempat lagi tau . 


Tuesday 11 February 2014

Filem Minggu INI : RoboCop



Assalamualaikum dan Salam Ceria !

Ini kisah bermula pada cuti revision class aku yang bermula pada hari Thaipusam sampailah ke raya Cina. Punya lama cuti sampai taktau nak buat apa, then satu hari tu kawan aku kol ajak tengok wayang. Aku dengan sepantas kilatnya setuju untuk pergi sebabnya boleh jadi bahan untuk blog aku.muahahaha


sumber : Google

Nindia cerita yang jadi pilihan hati~

Pendapat aku mengenai cerita nie : Memang best untuk yang minat robot+polis sebab dia combine kedua2nya sekali. So, tak payah nak beli tiket nak tengok cerita polis dengan cerita robot kan?
Menariknya lagi, dalam movie nie banyaknya penggunaan medical term dan menyebabkan aku rindu nak masuk kelas*huaaa.. Antara medical term yang ada cerebellar ataxia, spine, respiratory rate, vertebra, dll. Saya bagi 4 bintang ! *style nora danish dalam Maharajalawak

Dan seperti kebiasaan movie omputeh nie selalu gambarkan Islam as terrorist nak2 pada part awal2 tu. So, awal2 dah potong mood. Yang tak boleh blah lagi bila robot cakap Assalamualaikum !erm.. part nie aku bagi setengah bintang. 

Overall cita nie memang best ditambah lagi dengan kecanggihan teknologi depa. Aku dengar2 jugak khabarnya mungkin ada sequel untuk movie nie.Haa..nie yang buat ceq tak sabaq nak tunggu. =)

ok, setakat ini saja pendapat aku mengenai movie #Robocop nie. Aku bukan pengkiritik filem, kang tak pasal2 kena reman dengan cop Malaysia pulak. Tak gitu ?


Monday 10 February 2014

Giveaway 5K Dunia Sebenar Shida



Assalamualaikum dan Salam Ceria ! Peace cho !


Dalam dok berblogwalking nie, aku tergodek satu entri berupa giveaway iaitu Giveaway 5K Dunia Sebenar Shida. Semestinya aku ingin mencuba nasib untuk join giveaway sebab dah lama asanya tak join giveaway apatah lagi yang daebak cenggini. HIHI .. Dulu aku pernah join satu giveaway under sis Shida jugak dan alhamdulillah aku menang dalam GA tuu walaupun dapat saguhati tapi rasa best sangat sebab dalam ramai2 yang join, aku pon tercalon dan siap dapat hadiah lagi~~

Setakat yang aku tengok, kengkawan blogger yang join Giveaway 5K Dunia Sebenar Shida seramai 276*tudiaaa!! nala punyaa !!

Nak join Giveaway 5K Dunia Sebenar Shida ada syarat2 yang perlu dipatuhi tau ! Kalau nak tau lebih lanjut, boleh klik banner dekat atas tu.

So, apa lagi teman2 jom join Giveaway 5K Dunia Sebenar Shida nie. Bak peribahasa, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia ? :)






Saturday 8 February 2014

Perkara yang sedang dan akan berlaku bila shopping

Assalamualaikum dan Salam Ceria !

Yeay, minggu nie balik rumah. Home sweet home gitu*buat macam tak penah balik rumah*. Alang2 balik rumah, malam semalam sempatlah pergi shopping. Acara wajib tuu~ OK. stop takat situ. Perkara yang aku nak cita nie bukan pasal shopaholic atau apa tapi perkara yang sedang dan akan berlaku bila shopping.

Alkisahnya, dalam dok berjalan jalan nak cari barang, aku ternampak situasi macam nie. Lihat dan perhati betul2.




Apa pendapat korang? 
Pendapat aku mungkin tempat yang dorang nak letak barang tu jauh dan tak berdaya nak pi letak balik atau mungkin lupa dekat mana tempat asalnya. Haa . tak gitu ? Tapi ini sekadar pendapatla. Mungkin korang ada pendapat memasing . 

Tapi nak tak nak kena terima la perkara nie memang sedang berlaku kat mana saja tempat yang jual barang dan aku juga pernah buat benda cenggitu sebab nak kejaq masa baq angg !! Hehehehe ..

Sekurang2 nya ada jugakla kerja yang nak dibuat oleh pekerja kat situ kan ?*tangan dibahu sambil juling mata kot atas..





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Support by :