Pages

Sunday 1 September 2013

Makanan dan Permainan Otak



Assalamualaikum dan Salam Ceria !

Inginkan otak yang cergas dan sihat ? Mari kita lihat info info di bawah ini .

MAKANAN YANG PERLU DIELAKKAN

Alkohol
 Jika diambil secara berlebihan ia akan memberi kesan kepada fungsi otak terlebih dulu yang menyebabkan sesorang itu menjadi khayal dan boleh menyebabkan masalah neurologi.

Makanan diproses
Elakkan makan makanan yang diproses atau di awet secara berlebihan seperti makanan dalam tin. Lebih baik jika mengambil makanan dari bahan semulajadi.

Makanan yang mempunyai lemak trans yang tinggi
Ia bukan sahaja tidak baik untuk jantung tetapi ada kajian yang menunjukkan ia juga boleh mengganggu fungsi otak . Misalnya, makanan yang dimasak menggunakan mentega atau lemak tepu. Ada yang gemar mencairkan mentega untuk dimasak dengan udang atau makanan yang lain tetapi sebenarnya ia menukarkan khasiat yang dimiliki kepada lemak trans.

Kafein
Pengambilan kafein ada baik buruknya . Ia boleh menyebabkan otak menjadi lebih peka dan fokus, namun kafein boleh mendatangkan keburukan terutama kopi dan teh apabila kita mula ketagih. Apabila sudah mula ketagih, seseorang yang tidak mengambil kafein akana menyebabkan minda menjadi tidak fokus dan fungsi otak bertukar kepada lemah atau mengantuk. Kafein misalnya boleh diambil tiga atau empat cawan sehari dengan kepekatan sederhana..

Gula
Pengambilan gula yang mencukupi boleh memberikan kita tenaga kepada minda tetapi jika diambil secara berlebihan ia akan memberikan kesan negatif kepada pembelajaran dan minda seseorang. Ini menunjuk kepada gula yang ringkas seperti gula pasir dan minuman manis. Malah, air berkarbonat atau makanan manis yang diambil dalam kuantiti banyak akan menyebabkan proses pembelajaran menjadi lambat.

PERMAINAN OTAK
SUDOKU -sumber dari Google

Antara permainan minda yang boleh dilakukan untuk mencergaskan otak ialah Sudoku dan Teka Gambar.  Ia boleh mengajak otak berfikir bagi menyelesaikan nombor dan meneka gambar. Selain itu , menyelesaikan soalan matematik juga boleh membantu mencergaskan otak seseorang.

SUDOKU -sumber dari Google

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Support by :