Pages

Wednesday 31 July 2013

Majlis Berbuka Puasa Aucms 2013

Assalamualaikum dan Salam Ramadan Karim !

Alhamdulillah , semalam berlangsungnya majlis berbuka puasa anjuran kolej aku . Seperti yang diketahui , kalau dah nama majlis berbuka puasa tu mestila makan free kens .. Huhu .. Apepon , nak bagitau jugak kat korang terketaq2 nak bagitau yang aku pernah attend majlis nie . Dok caye ? OK .. meh tgk kat SINI mehh !

Takmo cerita panjang , jom layan gambaq2 yang sempat di rakam+ potret + snap dan segala mak nenekla kat bawah nie :D

Biar gambar berbicara ~~















Memang meriah sangat2 la event kali ini . Sebab dapat berkumpul bersama sama housemate dan classmate untuk iftar ini. Why we enjoy ? Because ini adalah majlis berbuka puasa terakhir , yela dah tahun depan aku dah habis study .. Iyahoooo ! ^^

Last but not least , terimalah gambar setempek dari aku . Ikhlas dari lubuk hati yang paling dalam . Muahaha,,



Monday 22 July 2013

Ambil ia sebagai pengajaran Shafinaz !

Assalamualaikum dan Salam Ramadan Karim !

Alhamdulillah selesai sudah solat tarawih aku untuk hari ini . Hari ini  juga memberi aku satu pengajaran yang sangat berguna untuk aku supaya sentiasa berfikiran positif terhadap orang lain. :)

--> Alkisahnya, aku dan rakan ku pergi ke surau untuk menunaikan solat Isyak dan juga solat sunat tarawih . Kami melakukan solat Isyak secara berjemaah. Segalanya berjalan lancar sehinggalah waktu aku ingin bersalam dengan mak cik di sebelah aku . Selesai mengaminkan doa , aku menghulurkan tangan tanda ingin bersalam tetapi dia buat tak tahu dan terus melakukan solat sunat selepas Isyak .

Aku terkedu sebentar dan terus bagitau kawan aku yang mak cik sebelah aku kerek tanak salam dengan aku . Dengan selamber jugak kawan aku cakap mungkin dia tak perasan or tak nampak . Seriously memang tak ley diterima alasan macam tu . Memang rasa sakit hati jugak bila orang buat tak endah dekat kita.

Seketika , aku terpandang mak cik tu dan seperti telahan kawan aku yang mak cik memang tak nampak . Mata kiri dia ada selaput yang dipanggil glaukoma dan mungkin jugak mak cik tu ada penyakit diabetes. Astagfirullah . Terasa berdosa aku kerana berfikiran buruk seperti itu . Ampunkan saya mak cik (>_<)

Begitulah kawan2 , dalam hidup ini kita kena sentiasa berfikiran positif kerana dengan berfikiran positif dapat mengatasi segala penyakit hati .

:: pesanan dari insan yang lemah ::




Monday 15 July 2013

Santai Giveaway Kad Raya 2013 by F & W



                    Assalamualaikum dan Salam Ramadan Karim !





klik BANNER untuk join ^^

saya nak kad raya dari Farisha dan Wid kerana untuk menambah koleksi kad raya dalam peti simpanan kad raya . Huhu :)



Entri Paling Popular ??

                         Assalamualaikum dan Salam Ramadan Karim !!


Tak sangka pulak aku entri yang aku tulis sekadar suka suka telah mencatat sejarah  kerana menjadi popular after a few second . Memang Daebakkkkkkk !



Pada mulanya entri Bila Assignment Di Reject berada di tempat teratas . Then , setelah beberapa ketika , entri Subjek Dalam Diploma Fisioterapi yang jadi top . Bangga jugakla kens sebab mesti ramai yang nak tahu apakah itu Fisioterapi . ^^

OK .. kalau ada yang nak bertanya dengan lebih lanjut , boleh saja PM dekat page aku

In Sha ALLAH aku akan reply satu dua tiga untuk korang :)

Adioss !






Wednesday 10 July 2013

Jenis Makanan yang Mengatasi Masalah Perut Buncit

Assalamualaikum dan Salam Ceria !

Mentega Kacang 

Jika dilihatkan kepada teksturnya yang kelihatan spt 'lemak berkrim' dan juga enak dimakan, memang ramai yang beranggapan bahawa mentega kacang menggemukkan. Namun tahukah anda ia penuh dengan mineral dan lemak sihat yang membantu anda berasa kenyang untuk jangka masa panjang ? Anda juga boleh mencuba dengan variasi kacang spt badam dan walnut ketika bersarapan.

Coklat Gelap

Siapa yang tidak menyukai coklat gelap ( dark chocolate )? Lebih lebih lagi kini kita mengetahui ia boleh membantu kita mengatasi masalah perut buncit. Coklat gelap mengandungi egen perangsang yang memberi kesan positif terhadap pembakaran lemak. Ia juga mempunyai lapan kali anti oksidan jika dibandingkan dengan strawberi. Malah coklat gelap juga terbukti sihat untuk jantung.

contoh dark chocolate ^^
Bijirin Oat

Gantikan makanan tengah hari anda dengan bijirin oat dan anda akan berpuas hati dengan keputusannya. Cuma anda perlu berhati hati dengan cara memasaknya. Elak menambah gula ataupun susu pekat dan masak di atas api yang perlahan.

Kayu Manis

Penyelidik menemui sejenis anti oksidan dalam kayu manis yang membantu meningkatkan sensitiviti insulin dan membantu menstabilkan kadar gula dalam darah. Keseluruhannya tiada ruang untuk perut buncit.

Cili Merah

Makanan yang digemari kebanyakan negara di rantau Asia ini mempunyai sejenis bahan aktif iaitu capsaicin. Capsaicin membantu menstabilkan kadar gula dalam darah dan juga membakar lemak berlebihan.

Teh Hijau

Menurut sebuah institusi nutrisi di Amerika Syarikat, ekstrak teh hijau mampu meningkatkan daya metabolisme badan pada siang hari. Kandungan anti oksidannya yang tinggi juga membantu membakar lemak dalam perut.

Sayur Sayuran

Sayur sayuran hijau seperti brokoli dan kubis bunga mengandungi vitamin yang membantu melawan keinginan terhadap sesuatu makanan.

Telur

Mengandungi agen pembakar lemak iaitu vitamin B6,B12,A,D,E dan K , folat, kalsium,zat besi dan Omega 3, telur mampu membuatkan anda berasa kenyang untuk jangka masa yang lama. Lebih elok jika anda mengamalkan telur ayam kampung sebagai makanan harian.

::Sumber dari Yahoo!

Wednesday 3 July 2013

Terima Kasih KAWAN !!



          Assalamualaikum dan Salam Ceria !

Kawan yang baik adalah kawan yang tak makan kawan . 

Kawan yang baik adalah kawan yang sentiasa bersama waktu susah senang kita .

Nak kenal yang mana satu kawan / lawan , bila mana kita ada waktu yang menyulitkan .

Nak kenal kawan / lawan , bilamana kita ada banyak harta / ilmu .


Kawan memang memainkan peranan yang penting dalam hidup kita . Oleh yang demikian , tidak hairanlah ada pepatah yang mengatakan kawan adalah cermin bagi diri kita dan jika mahu tahu perangainya , lihatlah dulu perangai kawannya .

Oleh itu , carilah kawan yang boleh bersama dengan kita tak kira susah mahupun senang . Dan sebolehnya jangan menggunakan kawan untuk kepentingan diri sendiri .

Pesanan untuk diri sendiri dan rakan rakan sekelian ^^







Tuesday 2 July 2013

Simple GiveAway July - Dec

Assalamualaikum dan Salam Ceria !


Klik banner untuk join :)



Selamat berjaya kepada semua yang bertanding .. Adioss !

Monday 1 July 2013

Aku dan JDT



Assalamualaikum dan Salam Ceria !

Alhamdulillah .. sudah kenyang diri ini selepas melantak nasi separuh + ayam goreng + gulai daging . Hihi .. Erm .. tetibanya tangan aku menjadi kaku untuk menaip setelah berehat bersama KitKat bulan lepas . Huhu . Apepon tarak papa .. aku saja nak berkongsi cerita dengan korang mengenai aku dan JDT .

Apa kaitannya ?

Actually , takda kaitan pon . Cuma theme blog aku jak yg sama dengan kaler maler dorang punya jersi . Tak caya , jom usha sikit


gambar ihsan google

Nampak tak ? Ada biru , ada merah pastu korang jelingkan mata korang tu dekat setiap sisi blog aku . Sama kan ? Haa.. hanya itulah persamaannya pon .. Takde maksud nak menyinggung mana mana pihak . Ini semua poyo kebetulan ja .

Apa2 pon sebagai anak jati Kedah sudah semestinya aku menyokong pasukan negeri aku sendiri . Tak gitu ? Aku buat entri nie sekadar suka suka memandangkan bahang piala FA yg baru selesai masih terasa hingga ke hari ini dan tahniah buat pasukan Kelantan yang berjaya mengekalkan piala FA di sana . Gomo Kelate Gomo ^^


PULUN KEDAH PULUN !

 


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Support by :