Pages

Friday 21 December 2012

Review Cerita #1 : Cinta Vlog

              Assalamualaikum dan Salam Ceria !!

Fuhh .Selesai sudah aku menonton cerita Cinta Vlog .Memang terbaikk der . Dari awal sampai habis memang padat dengan isinya . Aku baru sahaja selesai menontonnya kat Youtube tetapi cerita nie dah disiarkan dekat TV9 pada bulan Jun yang lepas but aku tak berkesempatan untuk menontonnya.Huu :'(

Anyway , cite nie memang best . Tambahan pula dengan pelakon yang memang mantap habis seperti Wawa Zainal , Aliff Aziz , Zahiril Adzim dan ramai lagila . Ada jugak penampilan istimewa dari vlogger famous Malaysia iaitu Maria Elena :) .

Bagi korang yang belum tengok lagi or nak tengok lagi korang search je dekat youtube . Konpom ada. Jangan risau erk


wawa zainal yg cewiiit ^^



Done . Adiozz !

BIASISWA UNTUK PELAJAR !!


Wednesday 19 December 2012

Ask Me If You Can !

Assalamualaikum dan Salam Ceria !

Ape khabar korang2 semua . Sihat walafiat ke ? Kalau tak sihat tu bawak2 berehatla ye :) . Ok .

First , aku nk tanya . Korang tahu tak ape itu ASK.fm ? Ask.fm bukan macam SURIA.fm ke ERA.fm ye nokk . Ask.fm adalah satu medium untuk kita tanya apa2 je soalan yang bermain di akal dan minda korang tu bernyanyi pulop . Medium nie diwujudkan untuk yang malu bertanya face-to-face memandai je aku :P .Ehh . Macam mana bentuk Ask.fm tu.

                                 klik gambar di bawah untuk melihat !




Haa .. Macam itula qupenye . Aku juga letakkan kotak Ask.fm nie kt belog aku . Korang jangan buat tak nampak pulak . Kotak nie ada di sebelah kanan bawah blog FynazShamz ( atas Feedjit ) . Meh , titew usha sikit :)

Aummm ..merah gitu :)
 Ape tunggu lagi , kalau korang dah ade akaun nie , cepat2 tinggalkan LINK korang dekat ruangan komen . Tahula ceq nak tanya apa kat hampa naaa . HUhu ..


My laLINK ----------->http://ask.fm/fynazshamz




adiozz :)
Ask me if you can .HUHU




Wednesday 12 December 2012

Wordless Wednesday #1 : 12.12.12


Assalamualaikum dan Salam Ceria !

Harini 12.12.12 . Tarikh cantik selepas tarikh 10.11.12 . Then , pasti yang ramai memilih tarikh nie untuk berkahwin , dapat baby , paling tidak untuk kapel . Erkk ? But , it depends on that person right ?Sape yang tak nak nak buat declaration pada tarikh cantik nie kan.

Aku macam mana plak ? Macam tu jela. Nothing happen . Juz bersyukur sebab bangun pagi alhamdulillah still bernafas di bumi Allah ini lagi . :)

Dalam dok kalot ingat tarikh omputeh , mung kena ingat jugak tarikh dalam kalendar Islam yang bersamaan dengan 28 Muharram harini.sekadar memperingati. 

Opss ! Bagi sesiapa yg sambut besday pada tarikh cantik nie SELAMAT HARI LAHIR diucapkan .Moga panjang umur dan murah rezeki . In Shaa ALLAH



Tuesday 11 December 2012

Awas ! Tips Untuk Wanita



                                          Assalamualaikum dan Salam Ceria !!



Ini tips untuk wanita-wanita, kena berhati-hati dengan jenis lelaki ini. Lelaki-lelaki tersebut boleh membuat hidup anda bermasalah macam mereka juga.

♥ Lelaki yang sering berkata: “Abang memang sayang kat ayang, tapi abang belum bersedia untuk hubungan yang serius”. Amboi dah 3 tahun berkepit sana sini, masih belum bersedia ker? ha..ini lelaki tarak betoi punya. Diorang nak flirt jer, walhal anda belum ada dalam kamus hidup mereka.

♥ Lelaki yang call/sms ikut suka hati diorang jer. Eh ikut suka ati diorang ja nak jumpa kita, nak call kita, bila kita perlu kan dia, bayang pun tak nampak.

♥ Lelaki yang suka ajak dating, tapi bukan dating pon. Paham tak ayat tu? ala, korang tak pernah ker pergi dinner berdua?, jejalan berdua, tengok sunset berdua? Kalau orang lain tengok sure ingat korang couple & tengah bercengkerama. Padahal si lelaki tak pikir pun tu dating. Kepada wanita, jangan asyik keluar kehulur kehilir dgn lelaki sangat. Jatuh saham nanti babe.

♥ Lelaki yang dah ada awek, tapi selalu sms/call n jumpa anda. Ooo ini lelaki paling bahaya, tapi malangnya paling banyak di Malaya. Lelaki jenis ni dah ada awek, tapi wanita lain juga dia nak bermesra. Bila kantoi dengan awek, diorang akan cakap korang kawan jer, takkan nak berkawan tak boleh? Amboi. Kalau setiap malam call, bila awek not around, mula naik tocang. Lelaki jenis ni ternyata buaya tembaga tak laku.

♥ Lelaki yang pikir apa diorang buat semua betoi. Aduhai, pandangan kita semua salah, dia jer yang betol, Diorang ni jenis penting diri sendiri dan tak kan pikir perasaan orang sekeliling termasukla korang.

♥ Lelaki yang blurrrr sentiasa. Contoh nya, lelaki yang tak paham kehendak wanita, even korang cakap terus terang pun dia ingat itu benda remeh ja. Ambil ringan perasaan kita.

♥ Lelaki yang tak tahu kehendak sendiri. Kalau la diorang tak reti nak paham kehendak sendiri, korang ingat diorang boleh paham korang?

♥ Lelaki yang selalu kacau korang, walaupun korang tu tengah busy menyelamatkan dunia. Lelaki suka sangat nak berkepit dengan korang, tak kira la korang keja ke apa ker. Sikit2 call, sms, nak jumpa. Mula-mula korang rasa ok. Tak lama kemudian korang sure tak tahan. Rimas dan lemas.

♥ Lelaki yang suka kutuk lelaki lain, dengan harapan korang tak dekati lelaki yang dikutuk. Sah-sah lelaki ni kuat jeles, dan jangan terkejut diorang ni jenis ngada-ngada.

♥ Lelaki yang tak dapat memberi layanan yang betul untuk seorang wanita. Apa lagi korang harap? buat siksa jiwa jer. nampak sangat lelaki jenis ni sukar nak bahagiakan korang.

Monday 10 December 2012

Program Siswa Sihat


model baju PINK !! dari kiri : Aziah , Aku , Aisyah 


Assalamualaikum dan Salam Ceria !

Semalam 8/12/12 berlangsungnya satu program yg dinamakan Program Siswa Sihat ataupun PROSIS yang dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Jabatan Kesihatan Pulau Pinang . Program Siswa Sihat mempunyai motonya sendiri iaitu Dari Siswa , Melalui Siswa , Untuk Siswa . Program ini bertujuan untuk mempromosikan cara hidup yg sihat iaitu dengan berjalan 10 000 langkah. Program ini turut disertai oleh pelajar dari Matrikulasi Pulau Pinang , orang awam dan juga pelajar AUCMS sendiri . Program ini berlangsung di kediaman pelajar iaitu di Putra Villa .

tempat perasmian
sebelah kiri : sebelum dapat baju . sebelah kanan : selepas dapat baju :)
tempat bermulanya kempen 10 000 langkah

OK.. Setakat ini sahaja coretan dari FynazShamz .
Adioss :)









Friday 7 December 2012

Program MASS CPR di UUM



                              Assalamualaikum dan Salam Ceria !



Pada 4 Disember 2012  , aku menghadiri satu program yang dianjurkan oleh Jabatan Kesihatan Kedah iaitu Mass CPR . Program ini diadakan di Universiti Utara Malaysia , Kedah [ ini kali kedua aku sampai wehh,huhu ]. Memang awesome program nie sebab ia bukan sahaja melibatkan peserta dari seluruh negara tapi dari negara jiran kita juga iaitu Indonesia dan Thailand .

sebelum bertolak ke UUM ^^ [aku dan nyda]

Sesampainya di sana , kami perlu mendaftarkan diri dulu then masuk ke dewan ini ------------> :)





sebahagian dari peserta

perasmian oleh ahli parlimen Bukit Kayu Hitam
benda apakah ?
Ok, actually benda nie lah kiteorang guna untuk melakukan CPR . CPR yg kami lakukan ialah compression at the chest wall . Takdenye nak mouth to mouth Ok ? Macam mana nak buat CPR tu? Nanti FynazShamz akan buat satu entri mengenai CPR nie. Wait and see yerr... huhu. 

Setakat ini sahajalah FynazShamz berceloteh dalam blog buruk nie . Tunggu kedatangan entri lain pulak.

thumbs up !!


                                 SELAMAT MEMBACA :)


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Support by :