Pages

Friday 21 December 2012

Review Cerita #1 : Cinta Vlog

              Assalamualaikum dan Salam Ceria !!

Fuhh .Selesai sudah aku menonton cerita Cinta Vlog .Memang terbaikk der . Dari awal sampai habis memang padat dengan isinya . Aku baru sahaja selesai menontonnya kat Youtube tetapi cerita nie dah disiarkan dekat TV9 pada bulan Jun yang lepas but aku tak berkesempatan untuk menontonnya.Huu :'(

Anyway , cite nie memang best . Tambahan pula dengan pelakon yang memang mantap habis seperti Wawa Zainal , Aliff Aziz , Zahiril Adzim dan ramai lagila . Ada jugak penampilan istimewa dari vlogger famous Malaysia iaitu Maria Elena :) .

Bagi korang yang belum tengok lagi or nak tengok lagi korang search je dekat youtube . Konpom ada. Jangan risau erk


wawa zainal yg cewiiit ^^



Done . Adiozz !

BIASISWA UNTUK PELAJAR !!


Wednesday 19 December 2012

Ask Me If You Can !

Assalamualaikum dan Salam Ceria !

Ape khabar korang2 semua . Sihat walafiat ke ? Kalau tak sihat tu bawak2 berehatla ye :) . Ok .

First , aku nk tanya . Korang tahu tak ape itu ASK.fm ? Ask.fm bukan macam SURIA.fm ke ERA.fm ye nokk . Ask.fm adalah satu medium untuk kita tanya apa2 je soalan yang bermain di akal dan minda korang tu bernyanyi pulop . Medium nie diwujudkan untuk yang malu bertanya face-to-face memandai je aku :P .Ehh . Macam mana bentuk Ask.fm tu.

                                 klik gambar di bawah untuk melihat !




Haa .. Macam itula qupenye . Aku juga letakkan kotak Ask.fm nie kt belog aku . Korang jangan buat tak nampak pulak . Kotak nie ada di sebelah kanan bawah blog FynazShamz ( atas Feedjit ) . Meh , titew usha sikit :)

Aummm ..merah gitu :)
 Ape tunggu lagi , kalau korang dah ade akaun nie , cepat2 tinggalkan LINK korang dekat ruangan komen . Tahula ceq nak tanya apa kat hampa naaa . HUhu ..


My laLINK ----------->http://ask.fm/fynazshamz




adiozz :)
Ask me if you can .HUHU




Wednesday 12 December 2012

Wordless Wednesday #1 : 12.12.12


Assalamualaikum dan Salam Ceria !

Harini 12.12.12 . Tarikh cantik selepas tarikh 10.11.12 . Then , pasti yang ramai memilih tarikh nie untuk berkahwin , dapat baby , paling tidak untuk kapel . Erkk ? But , it depends on that person right ?Sape yang tak nak nak buat declaration pada tarikh cantik nie kan.

Aku macam mana plak ? Macam tu jela. Nothing happen . Juz bersyukur sebab bangun pagi alhamdulillah still bernafas di bumi Allah ini lagi . :)

Dalam dok kalot ingat tarikh omputeh , mung kena ingat jugak tarikh dalam kalendar Islam yang bersamaan dengan 28 Muharram harini.sekadar memperingati. 

Opss ! Bagi sesiapa yg sambut besday pada tarikh cantik nie SELAMAT HARI LAHIR diucapkan .Moga panjang umur dan murah rezeki . In Shaa ALLAH



Tuesday 11 December 2012

Awas ! Tips Untuk Wanita



                                          Assalamualaikum dan Salam Ceria !!



Ini tips untuk wanita-wanita, kena berhati-hati dengan jenis lelaki ini. Lelaki-lelaki tersebut boleh membuat hidup anda bermasalah macam mereka juga.

♥ Lelaki yang sering berkata: “Abang memang sayang kat ayang, tapi abang belum bersedia untuk hubungan yang serius”. Amboi dah 3 tahun berkepit sana sini, masih belum bersedia ker? ha..ini lelaki tarak betoi punya. Diorang nak flirt jer, walhal anda belum ada dalam kamus hidup mereka.

♥ Lelaki yang call/sms ikut suka hati diorang jer. Eh ikut suka ati diorang ja nak jumpa kita, nak call kita, bila kita perlu kan dia, bayang pun tak nampak.

♥ Lelaki yang suka ajak dating, tapi bukan dating pon. Paham tak ayat tu? ala, korang tak pernah ker pergi dinner berdua?, jejalan berdua, tengok sunset berdua? Kalau orang lain tengok sure ingat korang couple & tengah bercengkerama. Padahal si lelaki tak pikir pun tu dating. Kepada wanita, jangan asyik keluar kehulur kehilir dgn lelaki sangat. Jatuh saham nanti babe.

♥ Lelaki yang dah ada awek, tapi selalu sms/call n jumpa anda. Ooo ini lelaki paling bahaya, tapi malangnya paling banyak di Malaya. Lelaki jenis ni dah ada awek, tapi wanita lain juga dia nak bermesra. Bila kantoi dengan awek, diorang akan cakap korang kawan jer, takkan nak berkawan tak boleh? Amboi. Kalau setiap malam call, bila awek not around, mula naik tocang. Lelaki jenis ni ternyata buaya tembaga tak laku.

♥ Lelaki yang pikir apa diorang buat semua betoi. Aduhai, pandangan kita semua salah, dia jer yang betol, Diorang ni jenis penting diri sendiri dan tak kan pikir perasaan orang sekeliling termasukla korang.

♥ Lelaki yang blurrrr sentiasa. Contoh nya, lelaki yang tak paham kehendak wanita, even korang cakap terus terang pun dia ingat itu benda remeh ja. Ambil ringan perasaan kita.

♥ Lelaki yang tak tahu kehendak sendiri. Kalau la diorang tak reti nak paham kehendak sendiri, korang ingat diorang boleh paham korang?

♥ Lelaki yang selalu kacau korang, walaupun korang tu tengah busy menyelamatkan dunia. Lelaki suka sangat nak berkepit dengan korang, tak kira la korang keja ke apa ker. Sikit2 call, sms, nak jumpa. Mula-mula korang rasa ok. Tak lama kemudian korang sure tak tahan. Rimas dan lemas.

♥ Lelaki yang suka kutuk lelaki lain, dengan harapan korang tak dekati lelaki yang dikutuk. Sah-sah lelaki ni kuat jeles, dan jangan terkejut diorang ni jenis ngada-ngada.

♥ Lelaki yang tak dapat memberi layanan yang betul untuk seorang wanita. Apa lagi korang harap? buat siksa jiwa jer. nampak sangat lelaki jenis ni sukar nak bahagiakan korang.

Monday 10 December 2012

Program Siswa Sihat


model baju PINK !! dari kiri : Aziah , Aku , Aisyah 


Assalamualaikum dan Salam Ceria !

Semalam 8/12/12 berlangsungnya satu program yg dinamakan Program Siswa Sihat ataupun PROSIS yang dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Jabatan Kesihatan Pulau Pinang . Program Siswa Sihat mempunyai motonya sendiri iaitu Dari Siswa , Melalui Siswa , Untuk Siswa . Program ini bertujuan untuk mempromosikan cara hidup yg sihat iaitu dengan berjalan 10 000 langkah. Program ini turut disertai oleh pelajar dari Matrikulasi Pulau Pinang , orang awam dan juga pelajar AUCMS sendiri . Program ini berlangsung di kediaman pelajar iaitu di Putra Villa .

tempat perasmian
sebelah kiri : sebelum dapat baju . sebelah kanan : selepas dapat baju :)
tempat bermulanya kempen 10 000 langkah

OK.. Setakat ini sahaja coretan dari FynazShamz .
Adioss :)









Friday 7 December 2012

Program MASS CPR di UUM



                              Assalamualaikum dan Salam Ceria !



Pada 4 Disember 2012  , aku menghadiri satu program yang dianjurkan oleh Jabatan Kesihatan Kedah iaitu Mass CPR . Program ini diadakan di Universiti Utara Malaysia , Kedah [ ini kali kedua aku sampai wehh,huhu ]. Memang awesome program nie sebab ia bukan sahaja melibatkan peserta dari seluruh negara tapi dari negara jiran kita juga iaitu Indonesia dan Thailand .

sebelum bertolak ke UUM ^^ [aku dan nyda]

Sesampainya di sana , kami perlu mendaftarkan diri dulu then masuk ke dewan ini ------------> :)





sebahagian dari peserta

perasmian oleh ahli parlimen Bukit Kayu Hitam
benda apakah ?
Ok, actually benda nie lah kiteorang guna untuk melakukan CPR . CPR yg kami lakukan ialah compression at the chest wall . Takdenye nak mouth to mouth Ok ? Macam mana nak buat CPR tu? Nanti FynazShamz akan buat satu entri mengenai CPR nie. Wait and see yerr... huhu. 

Setakat ini sahajalah FynazShamz berceloteh dalam blog buruk nie . Tunggu kedatangan entri lain pulak.

thumbs up !!


                                 SELAMAT MEMBACA :)


Thursday 29 November 2012

Syndrome "OTW"



                               Assalamualaikum dan Salam Ceria !

Setelah hampir berminggu minggu dibiarkan blog aku nie berhabuk bersawang , akhirnya FynazShamz kembali untuk menconteng conteng blog nie. Huhu . Okla , back to the story , aku sebenarnya nak cerita pasai satu sindrom yg selalu orang kita alami. Tak kiralah apepon status kita , mesti akan kena sindrom nie . Jangan risau , sindrom nie takkan menyebabkan kematian tapi boleh menyebabkan orang sekeliling mati mengejut. Huhu

Sindrom itu ialah "Sindrom OTW" atau nama penuhnya " On The Way ". Hihi.


SITUASI PERTAMA :
Jah telefon Kiah . Diorang janji nak keluar pukul 8

Jah    :  kiah , kau ade mana nie ? cakap nk datang pukul 8 .
Kiah  : aku OTW . :)

( padahal baru lepas mandi dan nak iron baju. huhu )

SITUASI KEDUA :
Mat text Mael . Mat suruh Mael beli nasi goreng ayam kat kedai

Mat : Bro , hang ada mana ? Aku lapaq nie ? Awat lambat ngat ?
Mael : Aku dah beli la nie . Tapi brader kedai tu cakap OTW

( padahal order dah siap tapi dok melepak ngan member dia dulu .Haissy )

SITUASI KETIGA :
Si GF text BF untuk ambil si GF balik kerja

GF : Abg , ade mana nie ? Cyg dah balik kerja nie.
BF : Abg OTW dah nie. Tunggu jap erk . Jangan dok layan mat bangla kat situ erk. huhu

( padahal dok dating dengan awek lain . Oppsss ! huhu )

Hee.. macam tula simptom2 orang yg ada Sindrom OnTheWay .Korang ade tak ? Jangan dok tipu erk. Aku  pon pernah mengalami sindrome macam nie tapi tak selalu .:)

OK. Setakat nie je kajian aku . Kalau korang nak menokok nambah pon takpe sebab setiap orang mesti ada pandangan masing masing kan


Wednesday 7 November 2012

Tanda Tanda CInta Semakin Pudar


                                         Assalamualaikum dan Salam Ceria !!

Atudia.. setelah beberapa hari , saat nie ceq baru rasa nak hupdate Entri .. Bukan apa FynazShamz dok kelamkelibut  buat assignment , test la macam2la. After done doing my Neurology Assignment omputeh pulop kau nie jahh , aku usha fesbuk aku then aku tengok status senior sekolah aku mengenai tanda2 cinta yg semakin pudar. Tak nak beletiaq panjang , jom jeling jeling kt bawah tu

                                     TANDA-TANDA CINTA YANG SEMAKIN PUDAR



♥ Malas angkat telefon..
♥ Taip sms pun pendek2 jer..
♥ Dengan orang lain dia boleh cakap ‘single’..!
♥ Bagi alasan.'awak nie terlalu baik untuk saya.saya tak layak untuk
   awak.'
♥ Bila kita cakap “i love u”, dia balas ‘K” ja..?!!
♥ Ada apa-2 hal asyik cakap malas, malas, malasss ja..
♥ Sudah pandai bergurau secara kasar n menyakitkan hati..
♥ Dia dah x kisah kalau tak jumpa pun..sebulan x jumpa lagi bagus..
♥ Apa kita buat dah tak betul dimata dia..
♥ Dia nampak kelemahan kita lebih dari kebaikan..
♥ Dia dah tak kisah apa yang jadi pada kita..
♥ Susah nak senyum @ gurau2 macam dulu-dulu..
♥ Dulu-dulu asal nak keluar dating jer mesti nak pakai baju
   matching..sekar ang dah .taknak.. rimas katanya..poyo plak dah
   katanya sekarang..
♥ Dulu boleh jer bergayut berjam-jam.. sekarang 5 minit pun
   susah,..katanya hp cepat panas...

Betul ke Tidak , aku pon tak tahu , but it depends on that person right ?
So , renung2kan dan selamat beramal :)

Saturday 3 November 2012

Jawapan Teka Teki Teka Tekuk

                                             Assalamualaikum  dan Salam Ceria !

Semalam aku ada buat Entri mengenai teka teki teka tekuk . Bagi korang yg belum baca entri tersebut korang boleh buka dekat SINI .

Ok , korang mesti tak sabar2 kan nak tahu apa jawapannye .Uihh.. lekk lu...  huhu. Aku bg jawapan nie bukan ape ..takot readers dapat penyakit pening lalat [ lalat yg pening bukan korang .heee ] .Tak gitu ??

Jom jeling sikit apa jawapannya . Jeng Jeng Jeng !!



  1. Orang yg ambil gambar kitala .Sebabnye sebelum jurugambar itu smbil gambar , dia mesti suruh kita senyum dan kita pon akan senyum la. huhu
  2. Lampu Isyarat
  3. Kuih Muih
  4. Haiti .Hai .........Ti :)
  5. Mimpi Jelah
  6. Curi Pandang ^^
  7. Mata Air
  8. Perut Bumi
  9. Turun Pangkat
  10. Buah Nenas

Hihi.. Amacam ?? Kerenn kan ? :)



Friday 2 November 2012

Teka Teki Teka Tekuk !

                                 Assalamualaikum dan Salam Ceria !

Petang petang nie tetiba je ada idea nak bagi korang TEKA TEKI . So, FynazShamz nak menguji minda para readers dgn teka teki yg akan disediakan nie. hihi.


Get set. Go !!


  1. Kalau pandai , siapakah yg selalu buat kita tersenyum ?
  2. Apa bendanya berkaki satu tp bermata tiga ?
  3. Ada sejenis kuh yg ada macam macam rasa kuih. Ada rasa karipap , donut , dan macam macam lagila. Kuih ape erk ?
  4. Kalau pandai , negara apa namanya yg seakan akan menyapa seorang wanita ?
  5. Waktu mata terpejam nampak muka dia, tetapi bila mata terbuka ia hilang .Apakah ia ?
  6. Curi apa yg takkan ditangkap polis ?
  7. Dalam banyak banyak perut , perut apa yg tak mempunyai usus ?
  8. Mata apa yg tak henti henti nangis ?
  9. Turun apa yg membuatkan orang menangis ?
  10. Bersisik bukan ikan , berpayung bukannya raga . Apakah ia ?

Nak tahu jawapannya ?? Sabar2 , korang kena bg jawapan korang kemudian FynazShamz akan bagi jawapannya nanti . 

#Sila bagi jawapan kat ruangan komen ya nokk ! :)




Sunday 28 October 2012

Tasik Polka Dot ? Wujud Ke ?

The Unique Lake Kliluk
tomey tak tasik nie ?

Assalamualaikum dan Salam Ceria ! 

Ape kabar orang kampung ? Macam mana suasana raya ? Ok ? Jangan ada yg kena kejar ke hospital sudah sebab terlebih makan daging . :)

Aku menaip entri nie bukan sebab Raya Haji tapi pasai keunikan tasik yg terdapat di Kanada nie. Nama sebenar tasik nie adalah THE UNIQUE LAKE KLILUK ataupun dikenali sebagai tasik polka dot. [ Polka dot tu pon dah macam blogskin aku. huhu ]

Mesti korang tertanya2 macam mana boleh jadi macam tu kan ? Polka Dot nie terhasil daripada garam yg terapung di permukaan tasik tersebut . Garam garam nie terdiri daripada magnesium sulfate , sodium sulfate dan calcium . 

Amacam korang ? Sanggup tak nak datang tempat macam nie . Kalau nak pergi jgn lupa ajak FynazShamz sekali erk .huhu


The Unique Lake Kliluk
sumber gambar dari GOOGLE

:: Sumber bacaan dari Majalah Infiniti















Wednesday 24 October 2012

Peribahasa dalam Tajuk Bola Sepak ?

                                            Assalamualaikum dan Salam Ceria  !

Iklan Sebentar ::
Terlebih dahulu FynazShamz nak ucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA kpd semua umat Islam di seluruh dunia terutamanya kawan saya yg sedang berada di perantauan dan buat pertama kali beraya di sana iaitu Hana Kimura. Misy u a lot ^^ .

Ok , merujuk tajuk Entri kat atas nie mesti korang rasa pelik kan . Mesti dalam fikiran korang ada macam nie !

 
                                       "Ehh ? Ade ke peribahasa macam tu ? "
             
                                                     " Macam tipu jaa " 

Haa.. jangan kusut2kan kepala anda . Jom kita jeling 14 jenis peribahasa bola kt bawah nie :


  • Stadium yg tenang jangan di sangka tiada mercun

  • Piala Dunia di negara orang Piala Malaysia di negara kita

  • Di mana padang di pijak Di situ bola di CONTROL

  • Masuk stadium memekik Masuk padang menjerit

  • Sedikit sedikit kad KUNING Lama lama jadi kad MERAH

  • Yang di kejar OFFSIDE Yang dikendong OUT

  • Hendak seribu gol tak hendak seribu bolos

  • Bagai pengadil lupakan wisel

  • Alang alang mengasari lawan biar sampai kena buang padang

  • Di mana ada final Piala Malaysia Di situ ada Hai-O

  • Player import disusukan Player tempatan mati kelaparan

  • Tuntutlah ilmu hingga ke Cardiff City

  • Siapa yg masuk Stadium dia yg terasa bahangnya

  • Di mana ada Aidil di situ ada Zaquan 
=) Macam mana ? huhu. Orang yg reka peribahasa nie memang kreatif orangnya . Suka beno cek nak habaq maii nie kedah kuaq dah 

Pesanan Seringkas Mungkin --------> Buat adik2 yg nak ambil SPM tu korang jangan dok guna peribahasa nie dalam karangan korang plak . Satgi naya jaa KPM mai saman Cikgu Fynaz nie.cikgu polak huhu  


Penat mengarang sambil menstabilkan perut selepas makan pecal lele :)

Thursday 18 October 2012

GIVEAWAY: Love Collection by Jaja Sutera



                                              Assalamualaikum dan Salam Ceria !


                                        klik banner nomey kt bawah nie untuk JOIN !



Jom beramai2 kita meriahkan suasana dengan menJOINkan diri dalam segmen yg awesome nie. Hadiah nya memang klass kau Jahh.. hihi :)

Ok, mangsa2 jelingan dari FynazShamz ialah ::








Jom Penuhkan Mesej di Shoutbox !

                                           Assalamualaikum dan Salam Ceria !

Hmm.. nampaknya pagi yg indah nie aku dapat kejutan dari shoutbox. Why ? because my shoutbox is now working properly maa. [ speaking plak dah ]


taraaaaaa !!!



Tapi , apa yg sedihnya , shoutbox nie macam pertama kali aku berblogging je, kosong kosong oooo ...nyanyi plak dah :) ,so apa kata korang bantu FynazShamz untuk penuhkan shoutbox nie. Nanti aku akan penuhkan pulak korang punya shoutbox erk. hihi. klasss kau jahh, pandai kau bodek !


Erm. korang mesti tertanya2 kenapa shoutbox tak berfungsi macam hari sebelumnya . Jadi macam mana ? cer tengok Entri ini . Ok , berbalik macam apom balik kt pasar malam tu :p sebenarnya Shout Busuk telah mengupgradekan sistem mereka. so, sebab tu kita tak boleh bershout nokk. Selepas dah diupgrade nie, korang jangan mimpi nk tgk balik History mesej korang. Memang takde pon.Huuhu.. Nak  buat macam mana , kuasa Tuhan ! 

Okla , tak larat nak melalut dah nie. Biar korang plak yg sambung . Aku nak siap2 g kuliah [ sempat g yerr ]
Salam Ukhuwah =)















Tuesday 16 October 2012

What Happen to ... ?

                                        Assalamualaikum dan Salam Ceria  !

Sebelum korang baca Entri nie sampai habis , cer jelingkan mata korang kat sebelah kanan blog aku nie.

tak tahula npe jadi mcm nie ^^

Mula2 ingat aku punya blog je jadi mcm nie , tp bila aku berblogwalking  tadi ada sesetengah blog jadi mcm nie jugak . Hermm.. harap2 ia dapat diselesaikan dengan segera. Sebab nanti ada blogger yg rindu nak borak2 dengan FynazShamz . hihi :)


Monday 15 October 2012

Menang 1st GiveAway by Jaja Sutera , Jgn Jelez !

                                          Assalamualaikum dan Salam Ceria !

Wahh... harini jari nie terketaq2 jari nak menaip mengenai kemenangan yg diraih setelah berhempas pulaih join segmen merata tempat. Selepas menang GA dari Jaja Sutera , aku rasa bersemangat pulak nk join segmen yg dianjurkan oleh blogger yg lain. Actually , aku baru je tahu aku menang GA nie sebab baru baca emel nokk. Maafkan saya sys Jaja Sutera. :D .



Kalau korang perasan dkt tarikh tu pada 30 Sept kn tp aku baru tahu semalam je jahh. Kiralah berapa hari aku dok wt donno . hihi. Ok.. aku dapat sponsor hadiah dari blogger Aina Sofea



Aku baru je hantar detail aku dkt Fanpage Aina Sofea nie. huhu.. Isy2. lambat beno FynazShamz nie. Apepon , thanks to Jaja Sutera because allow me to win. Omputeh plak noo . 

Ok. Op9 dulu.. adiozzz !!


                                            Jangan tekan Nokk!!

Thursday 11 October 2012

Segmen : Jom Jadi Geng Bui


Assalamualaikum dan Salam Ceria !

Hari kamis malam Jumaat nie FynazShamz join satu segmen dari blogger Ini Blog Bui . Kalau korang nak join jugak , korang TEKANKUATKUAT dekat BANNER nomey tu :)

ahaksss






Tuesday 9 October 2012

Segmen : Follow and win RM50 by Eikyn Grinxs

Assalamualaikum dan Salam Ceria !

Segmen oh Segmen . Amboi ! Rajinnye FynazShamz join segmen. Huhu. Jelezla tu. Korang nak join tak   ??
Ha.. kalau korang nak join , juz klik je kt BANNER comeyy tu :)




Sekarang nie jumlah peminat FynazShamz adalah ::

tak seramai korang punya peminat ..huhu


Hope lepas dah join segmen nie , FynazShamz akan dapat lebih ramai follower yerr. Hee..

Mangsa mangsa keadaan ::


Daaa...adiozz ^^

  




Monday 8 October 2012

Tips Tips Penting Untuk Kesihatan

                                        Assalamualaikum dan Salam Ceria !


Harini FynazShamz nak kongsi sedikit tips mengenai kesihatan. PENTING tau ! Korang boleh baca dekat sini ya .            
                                                 
                                                      Selamat Membaca =)
                                                               
                                                             
                                                     

Haa.. dah tgk tu takkan diam je. JOM sebarkan dekat orang yg tersayang . Renung2 kan dan selamat beramal :)

Wednesday 26 September 2012

Sayonara Hana Kimura !



Assalamualaikum dan Salam Ceria !

Semasa aku sedang menaip entri nie salah sorang kawan baikku Hana Kimura telahpon berada di bumi MESIR . Dia selamat sampai pada 12 Sept 2012 yg lalu. Alhamdulillah , segala urusan di sini dan di sana dapat dipermudahkan.

Aku jugak berkesempatan berjumpa dgn dia sebelum dia bertolak kesana. Kami sempat pergi ber'dating di tempat paling faymes amous kt Kulim iaitu Giant Landmark Centre la :) . Juz aku dgn Nabilah je yg ade. Ekin dan Wani tak dapat join sekali. Maklumla, semua pakat dok jauh . Ekin dok kt Kelantan [ bakal nurse wehh ] , Wani lak baru je daftar kt UM so , tak sempat nak balik la. Tapi takpe , Skype , Facebook , Twitter menjadi penghubung antara kami semua.

First , sebelum kitaorang lepak kt Giant , kami g Politeknik Sultanah Bahiyah dulu untuk ambil Datin Nabilah . hihi. Sementara dok menunggu ketibaan datin tu, kami sempat dok snap gambar g.


wit adik comey Afrina [ pndai posing tau :) ]

dok text ngan Aaron Aziz weyh =)




nie la Hana Kimura :)

Sorry , gambar Datin Nabilah tak sempat ambik coz masa jumpa tu pakat2 dok sembang itu ini , makan n takde yg nk tlg jadik photographer. Huhu. Kalau korunk nak tgk muka Datin tu cmne silalah ke Entri ini   Ok, berbalik cite Hana Kimura nie dia study di Mesir selama 4 tahun .Woww , lama tu tak jumpa. Nak g sana , telahla . Kalau korang tolong support takpe gak .Hihi. Apepon aku sentiasa mendoakan dia supaya baik2 sahaja di sana [ aku taknak wat touching ^^] 

To : Hana Kimura
Message : Kamu jangan lupa kiteorang kat sini taw. Kalau tingat2x kami kat sini , singgahla ke blog  [ terpromote blog pulak :) ] Hiihi..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Support by :